Manuskrip Kisah Sihir — Ujian Seorang Khalifah di Medan Zahir dan Ghaib

BAHAGIAN I BAB 1: SIMPTOM PERTAMA DAN ISYARAT AWAL

April 14, 2025 246 0
Ongoing
Anggaran masa membaca
3 minit 51 saat

Bahagian I: Jerat Sihir

Bab 1: Simptom Pertama dan Isyarat Awal

Saya tidak pernah sangka, bahawa apa yang saya alami sejak kecil sebenarnya bukan kebetulan. Ia adalah permulaan kepada satu perjalanan yang panjang. Jalan yang sunyi, penuh duri dan hanya boleh difahami oleh jiwa-jiwa yang pernah diuji.

Hari ini saya ingin mula menceritakan sedikit-sedikit tentang pengalaman saya dengan sihir.

Sebenarnya, ia bukan perkara baru. Sudah biasa sejak kecil. Tapi kisah yang saya mahu rakamkan dalam manuskrip ini adalah kisah dalam tempoh sebelum COVID-19 sahaja sehingga ia selesai kerana di situlah titik mula segala-galanya meletus dengan lebih nyata.

Saya mula rasa ada sesuatu yang tak kena sekitar tahun 2014.

Saya sering rasa panas, cepat marah, tetapi saya tetap jaga hati. Bila tersedar sahaja daripada kemarahan, saya akan cepat-cepat istighfar dan cuba tenangkan diri. Lama-kelamaan saya mula sedar sesuatu…

Wajah saya sering luka. Bukan calar biasa. Tapi seperti terkena serbuk kaca. Kelopak mata saya sering koyak bila saya cuba buang benda-benda halus yang saya rasa seperti serpihan tajam.

Bibir saya pula selalu bertompok biru-biru seolah-olah baru lepas bertinju.

Telinga pula semakin sukar mendengar sehingga saya rasa seperti perlahan-lahan pekak.

Serangan vertigo menjadi sangat kerap.

Dan itu baru sebahagian. Ada banyak lagi. Tapi jika saya ceritakan semua sekarang, mungkin terlalu berat untuk dimulakan.

Saya tahu... semua itu adalah simptom sihir.

Saya sedar. Tapi saya terlalu pandang ringan. Saya anggap: “Allah uji saya setakat ni je kot.

Saya masih cuba jalani hidup seperti biasa. Sehinggalah satu titik pelik berlaku sesuatu yang saya sendiri tak jangka akan jadi penanda kepada wabak dunia yang belum berlaku.

Saya tahu tentang kedatangan COVID sejak awal. Ketika usia saya menjangkau 20 tahun di alaf baru dahulu, saya sudah terima isyarat.

Bagi yang belum tahu, saya memang Allah SWT berikan mimpi 51 perkara kehadapan yang akan berlaku dari penerangan Al Quran.

Saya tak tahu nama wabak yang akan akan datang itu. Tapi saya tahu ia akan melibatkan serangan sistem pernafasan global. Sekarang barulah semua orang tahu. Sebelum waktu itu, hanya satu tanda yang saya pegang…

Saya akan kena “bertih” buat kali ketiga.

“Bertih” adalah nama gelaran kami untuk penyakit chicken pox. Tapi peliknya, saya kena tiga kali. Siapa antara anda yang pernah kena tiga kali?

Dan saya tahu bahawa setiap kali “bertih” datang, akan ada satu peristiwa besar mengikutinya. Kali ketiga inilah yang membawa saya kepada pembedahan tonsil pada tahun 2019.

Kenapa tonsil?

Kerana tahun selepas itu (2020) akan muncul satu penyakit pernafasan berjangkit yang akan melumpuhkan dunia. Dan saya khuatir jika saya tidak buat sesuatu, saya mungkin mati sebelum sempat menjadi tentera Imam Mahdi.

Saya ulang kembali. Saya tahu, jika terkena Chicken Pox kali ketiga, maka saya perlu buat pembedahan buang tonsil segera kerana tidak lama selepas itu wabak global akan berlaku.


Penutup Bab:

Bab ini bukan sekadar catatan perubatan. Ia adalah pintu kepada dunia lain yang perlahan-lahan terbuka. Simptom yang saya alami bukan hanya fizikal. Ia adalah panggilan ghaib yang hanya dapat difahami oleh mereka yang pernah dicuit oleh tangan-tangan halus dari alam sebelah.

Saya tahu, ramai yang membaca ini mungkin sedang mengalami benda yang serupa seperti panas baran yang tidak terkawal, luka yang tidak diketahui punca atau mimpi-mimpi aneh yang berulang. Tetapi kerana kita diajar untuk anggap semua itu "penat", "psikologi", atau "hormon", maka kita diamkan.

Tapi... sampai bila?

Dalam bab seterusnya, saya akan ceritakan detik saya buat keputusan untuk membuang tonsil dan bagaimana keputusan itu membuka ruang besar untuk sihir menyusup masuk secara rasmi ke dalam hidup saya.


 

Penulisan Manuskrip Kisah Sihir ini terlaksana hasil sokongan dan tajaan daripada para pembaca yang budiman. Segala sumbangan anda, kecil atau besar, adalah pelita yang menyalakan jalan kami untuk terus berkarya dan menyampaikan penulisan eksklusif ini kepada semua.

Sila rujuk penerangan berikut:

📌Klik Untuk Menyokong Penulisan Manuskrip Kisah Sihir

Jika anda belum lagi mendaftar sebagai ahli sila ke link di bawah ini:

📌Klik Untuk Mendaftar sebagai Ahli - PERCUMA! 

 

Tajaan boleh dilakukan melalui pautan setiap bahagian manuskrip.
Jika anda sudah berdaftar, pautan tersebut akan membawa anda terus ke halaman tajaan.
Jika belum, anda akan dibawa ke halaman pendaftaran dahulu (percuma).


1. Bahagian I: Ujian Peribadi dan Pintu Dunia Ghaib
📘 10 Episod 🔗 Tajaan Bahagian I

2. Bahagian II: Taktikal Pertahanan dan Serangan Balas
📘 20 Episod 🔗 Tajaan Bahagian II

3. Bahagian III: Struktur Dunia Ghaib dan Hierarki Jin
📘 20 Episod 🔗 Tajaan Bahagian III

4. Bahagian IV: Pemulihan, Penyucian dan Pesanan
📘 22 Episod 🔗 Tajaan Bahagian IV

5. Bahagian V: Refleksi Diri Seorang Khalifah
📘 8 Episod 🔗 Tajaan Bahagian V



Terima kasih atas sokongan anda. Setiap tajaan anda kecil atau besar adalah pelita yang menyalakan jalan kami untuk terus berkarya dan menyampaikan penulisan ekslusif kepada semua. Semoga Allah merahmati anda dunia dan akhirat.

Disampaikan oleh BAZ (B.A.Z Administrator)
Kongsikan:
Tinggalkan komen
Email anda tidak akan dipaparkan. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Contoh: https://mywebsite.com

Komen (0):

Paling Popular

Dengan mengklik "Terima Semua Kuki", anda bersetuju untuk menyimpan kuki pada peranti anda bertujuan untuk mempertingkatkan navigasi laman sesawang, menganalisis penggunaan laman sesawang dan membantu dalam sebarang usaha pemasaran.