Manuskrip Kisah Sihir — Ujian Seorang Khalifah di Medan Zahir dan Ghaib

BAHAGIAN II BAB 15: SIAPAKAH YANG MENGINTIP?

301 1
Ongoing
Anggaran masa membaca
11 minit 2 saat

Bahagian II: Perang Diam dan Pendedahan

Bab 15: Siapakah yang Mengintip?


Dalam banyak soalan yang berputar dalam fikiran saya waktu itu, satu soalan muncul dengan ketakutan yang saya tidak dapat jelaskan dengan kata-kata.

“Siapa sebenarnya yang mengintip saya… dan siapa yang menyampaikan maklumat itu kepada penyihir?”

Awalnya saya menyangka semuanya kerja jin. Saya ingatkan jin adalah watak utamanya. Namun semakin lama, semakin jelas wajah manusia yang muncul dalam setiap peristiwa.
Pada akhirnya saya sedar, perang ini bukan sekadar sihir. Ia adalah pengkhianatan, pembulian, pencerobohan dan jenayah ghaib.


Petanda Awal Pengintipan

Ia tidak berlaku secara besar atau dramatik. Ia bermula dengan hal kecil, perkara yang nampak remeh tetapi cukup untuk mengusik hati.

Pintu rumah saya diketuk, tetapi bila dibuka, tiada sesiapa.

Saya berbual di rumah bersama keluarga dan keesokan harinya, isi perbualan itu muncul dalam status media sosial seseorang yang saya sudah lama curigai.

Pada mulanya saya bersangka baik. Saya fikir ia kebetulan. Namun apabila kejadian itu berulang kali berlaku, saya tahu ada sesuatu yang tidak normal. Ada mata yang sedang memerhati, ada telinga sedang mendengar dan ada sistem yang sedang memantau.


Apabila Pengintip Sebenar Itu Bukan Jin Tetapi Manusia

Saya tidak akan menyebut nama. Saya juga tidak menuduh sesiapa tanpa bukti. Namun daripada pengalaman, saya belajar sesuatu yang amat penting:

Dalam sistem sihir yang kompleks, manusia mangsa sihir atau manusia bawah taklukan jin adalah alat utama penyampaian.

Ada manusia yang secara sedar menjadi pemantau. Ada pula yang tidak tahu mereka sedang digunakan. Sebahagian dikawal secara rohani, sebahagian lagi dipengaruhi secara emosi. Yang paling menyedihkan, kadangkala mereka datang daripada kalangan keluarga sendiri.

Mereka tidak memakai jubah hitam untuk nampak jahat. Mereka juga tidak membaca mantera dan tidak juga memegang sebarang alat. Namun mereka memainkan peranan sebagai mata dan telinga kepada sistem sihir yang lebih besar.

Mereka mungkin bergaul dengan anda setiap hari, makan bersama, berbual mesra, tetapi tanpa disedari menjadi sebahagian daripada rangkaian yang menyampaikan maklumat kepada pihak yang berniat jahat.


Bagaimana Saya Mengenal Mereka

Saya tidak menggunakan kamera. Saya tidak menyorokkan perakam suara di sudut rumah. Saya juga tidak memburu bukti seperti seorang penyiasat. Saya hanya memerhati dan menunggu dengan diam.

Saya belajar bahawa dalam dunia sihir, kebenaran tidak memerlukan alat bukti. Ia memerlukan kepekaan. Dan kepekaan itu hanya muncul apabila hati bersih daripada marah dan dendam.

Saya mula sedar sesuatu yang pelik apabila ada orang tahu perkara yang saya tidak pernah ceritakan kepada sesiapa. Kadang-kadang ia hal yang sangat kecil. Misalnya, apa yang saya fikir untuk lakukan esok, atau perbualan pendek antara saya dan isteri di dalam bilik. Namun beberapa jam kemudian, perkara itu muncul dalam bentuk sindiran atau status yang seolah-olah menjawab isi hati saya.

Saya cuba menolak syak wasangka. Mungkin kebetulan. Mungkin hanya ilusi. Tetapi apabila kejadian itu berlaku berulang-ulang, saya tahu kebetulan tidak akan segerak begitu tepat.

Setiap kali saya membaca ruqyah, ada antara mereka yang gelisah. Mereka mula berubah wajah. Ada yang tiba-tiba ingin beredar. Ada yang berkata mereka pening atau tidak selesa, seolah-olah ayat-ayat itu menembusi sesuatu dalam diri mereka.

Bila saya memulangkan sihir, beberapa orang mula menjauh bahkan ada yang ke hospital. Mereka tidak lagi menyapa seperti biasa. Ada yang mengelak pandang mata saya. Ada pula yang cuba memancing reaksi dengan soalan yang aneh, seolah mahu menguji sama ada saya sudah tahu sesuatu tentang mereka.

Saya tidak menuduh, tetapi saya memerhati. Dari pemerhatian itu, saya belajar membaca bahasa tubuh manusia yang sedang dikawal.

Mata mereka tidak berbohong. Tatapan mereka berubah seolah-olah ada dua perasaan yang bergelut di dalam. Kadang marah tanpa sebab, kadang kosong tanpa jiwa.
Nada suara mereka juga berubah. Ada masa keras dan tajam, ada masa lembut tetapi menekan dari dalam.
Gerak tangan mereka tidak lagi selari dengan nada suara. Senyum mereka macam tidak selesa.

Saya tahu, mereka tidak bercakap sendiri. Ada sesuatu yang sedang memerhati dari balik diri mereka. Sejak itu saya mula kenal tanda-tandanya. Tidak lagi melalui kata-kata, tetapi melalui getaran hati.

Saya tahu bila pandangan seseorang datang dengan keikhlasan dan bila ia datang dengan agenda rahsia. Saya tahu bila sapaan itu benar-benar dari manusia dan bila ia hanyalah sambungan sistem yang sedang berfungsi.

Itulah cara saya mengenal mereka. Bukan melalui bukti zahir, tetapi melalui bacaan hati yang tajam setelah lama bergelut dengan sistem sihir yang hidup di sekeliling manusia.


Peranan Manusia Dalam Sistem Sihir

Apabila saya mula faham bahawa manusia boleh menjadi sebahagian daripada sistem sihir, saya tidak terus menolak atau menuduh. Saya cuba melihat bagaimana ia berfungsi. Sihir tidak selalu bergerak di udara tanpa arah. Ia mencari saluran dan saluran itu sering ditemui melalui manusia.

Manusia yang terlibat tidak semestinya tahu mereka sedang digunakan. Ada yang terpilih kerana kedekatan emosi. Ada yang kerana kelemahan hati. Ada pula yang terbuka kerana rasa ingin tahu yang salah. Mereka menjadi penghubung antara dunia nyata dan sistem ghaib yang lebih besar yang mana mereka juga diperguna kerana ketamakan mereka.

Biasanya ia bermula secara perlahan. Mereka hanya memerhati dan mengambil tahu hal-hal kecil seperti rutin harian saya, cara saya bercakap, siapa yang saya temui dan di mana saya berada. Pada awalnya saya fikir itu tanda prihatin tetapi kemudian saya sedar setiap maklumat kecil yang dikumpul mempunyai nilai tertentu bagi pihak lain. Ia bukan minat. Ia pengumpulan data.

Ada juga yang berfungsi bukan sebagai pengintip tetapi sebagai penyerap emosi. Saya perasan setiap kali mereka mendekati saya, hati saya mula berat, dada terasa sempit atau fikiran tiba-tiba berubah arah. Lama-kelamaan saya faham bahawa mereka menyerap getaran yang lahir daripada diri saya seperti marah, kecewa, takut atau ragu lalu menyalurkan tenaga itu kepada sistem yang sedang memantau. Sihir tidak memerlukan kabel atau alat penghantar. Ia cukup dengan emosi manusia yang terbuka tanpa kawalan.

Pernah saya lihat mereka datang dengan wajah tenang tetapi di balik ketenangan itu ada niat lain. Setiap kali saya yakin dengan sesuatu mereka akan menguji keyakinan itu melalui reaksi halus seperti gurauan kecil, sindiran atau perubahan nada ketika berbual. Apabila saya goyah walau sedikit mereka dapat membacanya. Dari situ sistem sihir mendapat isyarat bahawa sambungan sudah terbuka semula. Ia seperti ujian isyarat antara dua peranti yang sedang berhubung. Penyihir tidak perlu hadir secara fizikal kerana isyarat itu dihantar melalui perantara manusia yang dipercayai.

Dalam keadaan tertentu manusia boleh menjadi pintu sihir sepenuhnya. Apabila seseorang terlalu rapat dengan anda secara emosi pintu itu terbuka tanpa sedar. Sihir tidak menyerang terus ke dalam tubuh tetapi melalui orang yang anda izinkan masuk ke dalam perasaan anda. Ia bergerak melalui hubungan bukan dengan sentuhan tetapi dengan izin dalaman yang lahir daripada hati yang terbuka tanpa perlindungan.

Semakin saya memahami corak ini semakin jelas satu hakikat. Sistem sihir tidak boleh hidup tanpa manusia. Jin hanyalah operator. Penyihir hanyalah pengatur. Manusia ialah talian penghubung yang menjadikan semuanya berfungsi. Mereka adalah infrastruktur kepada operasi sihir sama seperti wayar yang menyalurkan arus dalam rangkaian besar yang kita tidak nampak.

Saya tidak menulis semua ini untuk menanam rasa syak terhadap manusia tetapi untuk menunjukkan bagaimana hubungan emosi yang tidak dijaga boleh dijadikan laluan oleh makhluk halus. Dalam peperangan sihir, setiap hati yang lalai boleh menjadi pintu. Setiap pintu yang terbuka tanpa izin Allah akan menjadi jalan masuk kepada sesuatu yang tidak diundang.


Bagaimana Saya Bertindak

Saya tidak menjerit dan saya pun tidak memaki. Saya juga tidak mendedahkan siapa mereka kepada orang lain. Saya hanya memilih untuk diam dan memerhati. Diam bukan tanda kalah, tetapi strategi untuk memutuskan sambungan yang tidak nampak oleh mata.

Saya mula belajar bahawa dalam peperangan rohani atau batin atau sihir, kemarahan adalah pintu yang paling mudah dibuka. Setiap kali saya marah atau berdendam, sambungan antara saya dan sistem sihir menjadi kuat semula. Maka saya berhenti memberi reaksi. Saya menutup saluran itu satu demi satu.

Saya tidak membenci mereka kerana saya tahu mereka bukan musuh sebenar. Mereka mungkin alat yang sedang dipergunakan oleh sesuatu yang lebih besar. Ada antara mereka yang tidak tahu apa yang sedang berlaku. Mereka hanya mengikuti nafsu dan perasaan tanpa sedar bahawa perasaan itu sedang dikawal dan nafsu itu dirangsang.

Jika saya memilih untuk marah, maka saya akan jatuh dalam perangkap yang sama. Rasa benci hanya akan memberi tenaga kepada sistem yang saya sedang lawan. Saya akhirnya faham bahawa sihir hidup daripada tenaga emosi manusia. Ia menyusu daripada dendam, marah dan ketakutan. Ia hidup dari mazmumah. Apabila manusia berhenti memberi tenaga itu, sihir kehilangan sumbernya. Sebab itu kita mesti menjadi manusia yang tenang atau mutmainnah.

Saya mula mempraktikkan satu kaedah yang saya panggil memutuskan akses emosi. Setiap kali saya terasa hati terhadap seseorang, saya berhenti berfikir tentangnya. Saya tidak ulang kisahnya dan tidak membayangkan wajahnya. Saya padam seluruh reaksi emosi terhadap individu itu seolah-olah saya mencabut wayar yang menyambungkan dua peranti. Dalam diam, hubungan yang menjadi laluan kepada sihir itu terputus. Bahasa mudah adalah abaikan dan serahkan kembali pada Rabb. 

Apabila saya berhadapan dengan mereka, saya tetap senyum dan berbuat baik seperti biasa. Tetapi di dalam hati, saya tidak lagi memberi ruang. Saya tidak membiarkan pandangan mereka menembusi hati saya. Saya tidak membiarkan kata-kata mereka mempengaruhi fikiran saya. Saya hanya lihat mereka sebagai manusia yang sedang terperangkap dalam sistem yang sama. Simpati tapi saya sembunyikan dengan pura-pura.

Semakin lama saya berlatih, semakin saya sedar satu hakikat penting. Apabila kita memutuskan sambungan emosi, sistem sihir kehilangan salurannya. Mereka tidak lagi dapat menghantar atau menerima isyarat kerana frekuensi atau jalan itu telah ditutup dari dalam diri kita sendiri.

Mereka bergantung sepenuhnya kepada reaksi manusia untuk kekal aktif. Selagi kita marah, takut atau berdendam, mereka terus hidup. Tetapi apabila kita tenang, mereka melemah dan terpadam dengan sendirinya.

Saya teruskan hidup seperti biasa, tetapi dengan kesedaran yang lebih tinggi. Saya tidak lagi melihat manusia semata-mata dengan mata kepala. Saya melihat dengan hati yang peka dan waspada. Saya belajar bahawa tidak semua yang dekat benar-benar bersama kita. Ada yang rapat kerana kasih sayang, tetapi ada yang rapat kerana perintah.

Maka saya hidup dalam tenang yang sedar, bukan tenang yang lalai. Tenang bukan kerana dunia tidak bergolak, tetapi kerana saya sudah tahu bagaimana untuk mematikan sambungan yang menjadi pintu kepada sihir.


Penutup Bab

Kadangkala orang yang paling anda percayai boleh menjadi alat untuk mencederakan anda tanpa mereka sedar. Mereka tidak semestinya jahat. Mereka hanya telah terbuka untuk dijadikan medium oleh sistem yang tidak mereka fahami.

Emosi mereka dikawal. Hati mereka dikeraskan. Pandangan mereka dibutakan. Mereka bertindak di bawah pengaruh tenaga yang bukan milik mereka sendiri. Apa yang mereka rasa benar sebenarnya datang daripada bisikan yang menipu. Apa yang mereka sangka tanggungjawab sebenarnya hanyalah dorongan yang dikawal oleh sesuatu yang lebih halus daripada suara.

Jika anda sedang melalui keadaan seperti ini jangan terburu-buru menuduh sesiapa. Jangan bertindak dalam marah dan jangan menanam benci. Sihir berfungsi dengan tenaga emosi manusia. Ia menyusu daripada kemarahan dan dendam. Apabila anda marah sistem itu hidup. Apabila anda tenang ia kehilangan sumber tenaganya.

Cara paling berkesan untuk melawan bukan dengan menentang secara kasar tetapi dengan menutup sambungan yang memberi mereka ruang. Putuskan akses emosi. Jaga hati. Tenangkan diri. Dan biarkan masa mematikan sambungan itu secara perlahan. Setiap sistem yang tidak mendapat tenaga akan lumpuh dengan sendiri.

Sihir hanya kuat apabila hati manusia lemah. Ia tidak boleh berakar dalam jiwa yang tenang dan yakin dengan Allah. Maka kekuatan sebenar bukan pada serangan tetapi pada kestabilan hati. Jangan balas sihir dengan kebencian. Balas dengan kesedaran. Jangan balas pengkhianatan dengan kemarahan. Balas dengan jarak dan ketenangan.

Ketika anda belajar untuk tidak membenci orang yang menyakiti anda, di situlah pertahanan rohani mula terbina. Sihir tidak mampu menembusi hati yang memaafkan.

Dalam bab seterusnya saya akan membongkar bagaimana penyihir beroperasi dalam rangkaian mereka sendiri dan bagaimana anda boleh mengenal pasti siapa mereka walaupun mereka tidak pernah muncul di hadapan anda.

Kita jumpa dalam Bab 16: Rangkaian Pengupah dan Tukang Sihir Elit


 

Manuskrip Kisah Sihir ini adalah sebuah dokumentasi pengalaman sebenar, hasil penelitian berterusan terhadap isu sihir, penyakit hati, serta kesannya dalam kehidupan masyarakat. Ia bukan karya fiksyen atau sekadar catatan pengalaman peribadi, tetapi satu usaha merakam fakta, analisis dan realiti pertembungan antara dunia nyata dan alam ghaib.

Setiap bab disusun berdasarkan pemerhatian, pengalaman rawatan, pengumpulan data, serta rujukan kepada sumber-sumber yang relevan. Tujuannya adalah untuk membongkar struktur sihir, kaedah serangan, serta kesan psikologi, rohani dan sosial yang sering tidak dibincangkan secara terbuka.

Misi ini tidak mungkin dapat diteruskan tanpa sokongan anda.

Setiap sumbangan, kecil atau besar, berfungsi sebagai sumber kewangan untuk memastikan penulisan, penyelidikan, dan pendedahan ini dapat diteruskan. Ia menjadi tenaga untuk kami menghasilkan dokumentasi yang sistematik, konsisten, dan boleh diakses oleh masyarakat yang benar-benar mencari kebenaran.

📌Klik Untuk Menyokong Penulisan Manuskrip Kisah Sihir

Jika anda belum lagi mendaftar sebagai ahli BAZ sila ke link di bawah ini:

📌Klik Untuk Mendaftar sebagai Ahli - PERCUMA! 

 

Tajaan boleh dilakukan melalui pautan setiap bahagian manuskrip.
Jika anda sudah berdaftar, pautan tersebut akan membawa anda terus ke halaman tajaan.
Jika belum, anda akan dibawa ke halaman pendaftaran dahulu (percuma).


1. Bahagian II: Taktikal Pertahanan dan Serangan Balas
📘 20 Episod 🔗 Tajaan Bahagian II

2. Bahagian III: Struktur Dunia Ghaib dan Hierarki Jin
📘 20 Episod 🔗 Tajaan Bahagian III

3. Bahagian IV: Pemulihan, Penyucian dan Pesanan
📘 22 Episod 🔗 Tajaan Bahagian IV

4. Bahagian V: Refleksi Diri Seorang Khalifah
📘 8 Episod 🔗 Tajaan Bahagian V


 

Setiap sumbangan adalah sebahagian daripada usaha pendidikan dan jihad ilmu. Anda bukan sekadar pembaca, tetapi penyumbang kepada sebuah projek dokumentasi yang membongkar realiti sihir dan penyakit hati di tengah masyarakat.

Semoga setiap sokongan anda menjadi amal jariah yang memberi manfaat, melindungi daripada keburukan, serta membawa keberkatan di dunia dan akhirat.

Disampaikan oleh BAZ (B.A.Z Administrator)
Kongsikan:
Tinggalkan komen
Email anda tidak akan dipaparkan. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Contoh: https://mywebsite.com

Komen (1):

Paling Popular

Dengan mengklik "Terima Semua Kuki", anda bersetuju untuk menyimpan kuki pada peranti anda bertujuan untuk mempertingkatkan navigasi laman sesawang, menganalisis penggunaan laman sesawang dan membantu dalam sebarang usaha pemasaran.