Bahagian II: Perang Diam dan Pendedahan
Bab 13: Mata-mata Ghaib (Spy)
Kebanyakan orang menganggap bahawa sihir itu hanyalah soal jin yang menyerang manusia. Ramai percaya ia seakan-akan sihir itu datang terus dari jin kepada tubuh mangsanya, tanpa ada strategi dan tanpa ada perancangan.
Namun semakin saya belajar, semakin saya faham bahawa sihir itu berlapis. Ia bukan sekadar serangan yang membabi buta, tetapi satu sistem yang lengkap. Ia ada strategi, ia ada pemantauan dan ia ada risikan.
Sebelum serangan besar dilancarkan, biasanya ada pengintipan terlebih dahulu. Pengintipan ini seringkali dilakukan dengan cara paling halus, paling sulit, dan paling berkesan iaitu melalui makhluk-makhluk kecil yang pada pandangan mata manusia nampak biasa, tetapi hakikatnya luar biasa.
Binatang-binatang ini nampak biasa… tapi luar biasa.
Saya mula sedar perkara ini sewaktu saya melalui fasa sakit yang berpanjangan.
Hari demi hari saya diserang, tetapi saya tidak dapat mengesan apakah pencetusnya. Sehinggalah saya mula memberi perhatian kepada perkara-perkara kecil yang sebelum ini saya anggap remeh.
Contohnya:
-
Lalat yang tiba-tiba masuk ke bilik walaupun semua pintu dan tingkap tertutup rapat.
-
Langau yang berlegar hanya di atas kepala saya, tetapi tidak mengganggu orang lain di sekeliling.
-
Cicak yang jatuh dari siling atau berbunyi tepat pada saat saya membaca ayat tertentu.
Pada awalnya, saya anggap ia sekadar kebetulan. Tetapi apabila ia berlaku setiap hari dan hanya pada waktu tertentu, saya sedar bahawa ia bukan lagi kebetulan. Ada sesuatu di sebalik kehadiran mereka.
Fungsi Sebagai Perisik
Binatang-binatang kecil ini sebenarnya berperanan sebagai ‘perakam’ dan ‘penghantar’ maklumat.
Mereka berfungsi seumpama:
-
drone yang memantau dari udara,
-
kamera litar tertutup yang merekod tanpa disedari,
-
pengintip medan yang menghantar laporan kepada tuannya.
Makhluk ini tidak mempunyai kuasa sendiri. Mereka hanyalah binatang kecil yang diciptakan Allah dengan sifat asalnya. Tetapi apabila jin mengambil kesempatan, mereka dipinjamkan akses dijadikan mata dan telinga yang menyampaikan maklumat daripada manusia kepada penyihir.
Apa yang dilaporkan? Kadang-kadang perkara yang kita anggap kecil sahaja, tetapi cukup untuk membuka kelemahan:
-
Bilakah saya membuka bacaan ruqyah,
-
Bilakah saya mendirikan solat tahajud,
-
Bilakah saya paling letih dan tidak berjaga-jaga,
-
Siapa yang bersama saya,
-
Apa rancangan saya seterusnya.
Ujian dan Bukti
Bagaimana saya tahu ini benar?
Kerana saya menguji sendiri.
-
Pernah saya pasang bacaan ruqyah dengan suara kuat, tiba-tiba cicak jatuh dari siling tepat di hadapan saya. Itu tanda ada sesuatu yang tidak kena.
-
Pernah saya sedang mandi, lalu seekor lalat masuk berulang kali ke bilik air, seakan-akan menghantar isyarat. Tidak lama selepas itu, tubuh saya terasa lemah seolah-olah serangan sedang diprogramkan.
-
Pernah saya tidur, lalu seekor langau singgah di muka saya sambil berdengung. Saya terjaga dengan mimpi pelik yang penuh simbol. Itu bukan lalat biasa.
- Pernah saya masuk ke dalam bilik, berkurung dan sembur ridsect. Kemudian, apabila mula berbindang dengan isteri untuk mencari perawat, tiba-tiba ada lalat spy percakapan kami.
Saya perhatikan… dan saya catat. Saya mendapati corak itu wujud, berulang-ulang.
Bahaya sebenar
Bahaya sebenar bukanlah pada binatang itu sendiri, kerana mereka hanyalah alat.
Bahaya sebenar adalah pada maklumat yang mereka bawa pulang.
Setiap kali makhluk ini hadir, jin yang menumpang dalam makhluk itu akan menghantar kembali laporan penyihir berkenaan:
-
apa yang kita lakukan,
-
apa yang kita baca,
-
bagaimana keadaan hati dan emosi kita,
-
apa kelemahan paling jelas pada malam itu.
Berdasarkan laporan itu, sihir akan dihantar secara lebih tepat, menembusi titik-titik paling lemah yang ada pada diri kita.
Apa kita boleh buat?
Pertama sekali, jangan panik.
Mereka hanyalah binatang, jangan sesekali rosakkan diri atau marah membuta tuli kerana emosi.
Kedua, jangan bunuh sewenang-wenangnya. Jika perlu, bunuhlah dengan nama Allah. Bacakan Bismillah, atau azanlah. Bila mereka mati dalam nama Allah, pengaruh jin yang menunggang mereka akan padam.
Ketiga, kenali waktu kehadiran. Jika mereka selalu muncul selepas Maghrib, itu tanda waktu sihir sedang aktif. Bersiap siagalah.
Keempat, bersihkan rumah dan bersihkan hati. Ada kalanya mereka masuk bukan kerana sihir, tetapi kerana kita sendiri yang mengundang tanpa sedar. Kita lalai dengan maksiat, atau dengan rumah yang tidak dijaga kebersihannya daripada dosa dan syaitan.
Apa yang penting, jangan bocorkan maklumat tentang kita dan keluarga kita,
Penutup Bab:
Sihir tidak beroperasi seperti filem.
Ia bukan tentang boneka.
Ia adalah tentang maklumat dan ketepatan.
Maklumat itu datang dari makhluk-makhluk kecil yang kita sendiri anggap tiada apa-apa.
Bab ini bukan untuk buat anda takut atau paranoid kepada cicak atau lalat tetapi untuk sedarkan anda bahawa setiap ruang… boleh jadi lubang masuk untuk musuh.
Dalam bab seterusnya, saya akan tunjukkan bagaimana mereka menyampaikan maklumat bukan melalui teknologi moden… tetapi melalui frekuensi ghaib.
Manuskrip Kisah Sihir ini adalah sebuah dokumentasi pengalaman sebenar, hasil penelitian berterusan terhadap isu sihir, penyakit hati, serta kesannya dalam kehidupan masyarakat. Ia bukan karya fiksyen atau sekadar catatan pengalaman peribadi, tetapi satu usaha merakam fakta, analisis dan realiti pertembungan antara dunia nyata dan alam ghaib.
Setiap bab disusun berdasarkan pemerhatian, pengalaman rawatan, pengumpulan data, serta rujukan kepada sumber-sumber yang relevan. Tujuannya adalah untuk membongkar struktur sihir, kaedah serangan, serta kesan psikologi, rohani dan sosial yang sering tidak dibincangkan secara terbuka.
Misi ini tidak mungkin dapat diteruskan tanpa sokongan anda.
Setiap sumbangan, kecil atau besar, berfungsi sebagai sumber kewangan untuk memastikan penulisan, penyelidikan, dan pendedahan ini dapat diteruskan. Ia menjadi tenaga untuk kami menghasilkan dokumentasi yang sistematik, konsisten, dan boleh diakses oleh masyarakat yang benar-benar mencari kebenaran.
📌Klik Untuk Menyokong Penulisan Manuskrip Kisah Sihir
Jika anda belum lagi mendaftar sebagai ahli BAZ sila ke link di bawah ini:
📌Klik Untuk Mendaftar sebagai Ahli - PERCUMA!
Tajaan boleh dilakukan melalui pautan setiap bahagian manuskrip.
Jika anda sudah berdaftar, pautan tersebut akan membawa anda terus ke halaman tajaan.
Jika belum, anda akan dibawa ke halaman pendaftaran dahulu (percuma).
1. Bahagian I: Ujian Peribadi dan Pintu Dunia Ghaib
📘 10 Episod 🔗 Tajaan Bahagian I
2. Bahagian II: Taktikal Pertahanan dan Serangan Balas
📘 20 Episod 🔗 Tajaan Bahagian II
3. Bahagian III: Struktur Dunia Ghaib dan Hierarki Jin
📘 20 Episod 🔗 Tajaan Bahagian III
4. Bahagian IV: Pemulihan, Penyucian dan Pesanan
📘 22 Episod 🔗 Tajaan Bahagian IV
5. Bahagian V: Refleksi Diri Seorang Khalifah
📘 8 Episod 🔗 Tajaan Bahagian V
Setiap sumbangan adalah sebahagian daripada usaha pendidikan dan jihad ilmu. Anda bukan sekadar pembaca, tetapi penyumbang kepada sebuah projek dokumentasi yang membongkar realiti sihir dan penyakit hati di tengah masyarakat.
Semoga setiap sokongan anda menjadi amal jariah yang memberi manfaat, melindungi daripada keburukan, serta membawa keberkatan di dunia dan akhirat.
Balas kepada: