Manuskrip Kisah Sihir — Ujian Seorang Khalifah di Medan Zahir dan Ghaib

BAHAGIAN I BAB 3: GANGGUAN DAN KOMUNIKASI SENYAP

April 14, 2025 147 0
Ongoing
Anggaran masa membaca
3 minit 39 saat

Bahagian I: Jerat Sihir

Bab 3: Gangguan dan Komunikasi Senyap

Selepas saya pulih dari pembedahan, saya mula perasan satu perkara.

Bukan tubuh saya saja yang berubah, tetapi suasana sekeliling saya juga berubah.

Saya mula rasa seolah-olah saya diperhatikan. Tetapi bukan oleh manusia.

Ada sesuatu... atau seseorang... yang sedang mendengar dan merekod setiap gerak-geri saya tanpa sebarang alat dan bukan dengan teknologi kita. Tanpa sebarang suara. Tanpa sebarang notifikasi. Tapi saya tahu ia ada.

Dan saya tahu siapa yang mengizinkan semuanya berlaku.


Kamera ghaib dan bahasa diam

Semua bermula apabila isteri saya berkata:

“Abang, awak sama macam dulu.”

Saya terdiam. Bukan kerana saya tak faham maksudnya, tapi kerana saya tahu itu petanda sesuatu yang pernah berlaku dahulu telah kembali, kali ini dengan cara yang berbeza.

Saya tak banyak cakap. Saya terus cetak gambar-gambar.

Gambar berwarna, pelbagai saiz, bentuk dan posisi. Gambar siapa? Kartel sihir yang selama ini diam dalam terang yang selama ini saya tidak peduli mereka tetapi mereka sangat kisah pada saya.

Saya cari dan cetak gambar berkumpulan orang-orang yang saya syak terlibat bersama orang-orang lain dalam sesuatu aktiviti. Saya mahukan sebanyak mungkin gambar secara random. Suspek-suspek saya akan berada berterabur dalam pelbagai gambar tersebut.

Saya berikan semua gambar itu kepada isteri saya. Gambar-gambar rawak itu nanti saya akan gunakan untuk "kawad cam". Ada orang yang boleh tahu siapa yang buat sihir pada kita melalui gambar kelak.

Kami juga tak boleh bercakap secara lisan. Setiap percakapan kami akan didengar oleh jin pengintip.

Jadi kami hanya tulis dan tunjuk. Kami taip mesej dalam WhatsApp, tapi tidak tekan hantar. Hanya tunjuk pada skrin. Mujurlah jin-jin itu belum reti membaca rasanya.

Kadangkala, saya maki dalam hati mereka yang saya curiga. Apa jadi selepas itu?

Esoknya, status Facebook mereka berubah. Sindiran sinis, sindiran langsung. Seolah-olah mereka tahu setiap patah perkataan yang saya lontarkan dalam hati.

Saya tahu saya diintip. Privasi hidup saya diceroboh.


Jerat yang sunyi

Saya semakin yakin rumah saya sedang diperhati.

Saya dan isteri berhenti bercakap tentang hal-hal sensitif. Kami tukar semua bentuk komunikasi kepada tulisan tanpa suara. Kami tidak lagi membaca doa perlahan atau berbincang strategi melawan sihir secara lisan. Kami hanya tulis… dan faham sendiri.

Kenapa?

Kerana mereka tidak perlukan mikrofon. Tidak perlukan kamera. Mereka adalah alat itu sendiri.

Dan semakin hari, saya semakin yakin mereka bukan bertindak seorang. Setiap dari mereka ada motif berbeza.

Ini adalah kerja kartel sihir.

  • Satu kumpulan yang tersusun.

  • Satu struktur yang saling menyokong.

  • Satu entiti yang tahu siapa patut bergerak bila, siapa patut menyerang dan siapa patut mendiamkan diri.

  • Dan semuanya diselaras lebih licin daripada sistem jenayah duniawi.


Penutup Bab

Bab ini bukan sekadar tentang paranoia. Ia tentang realiti baharu apabila medan sihir tidak lagi memerlukan fizikal, tidak lagi bergantung kepada bahan dan tidak lagi datang melalui pintu yang biasa.

Apa yang saya lalui menunjukkan bahawa sihir moden hari ini bergerak dalam diam. Ia mengintip, menyesuaikan diri dan menyerap maklumat melalui cara yang sangat terancang.

Mereka yang menyerang bukan lagi individu tunggal. Mereka adalah entiti berstruktur. Sebuah kartel ghaib yang mampu bekerjasama dalam senyap, saling memberi isyarat tanpa bercakap dan menyerang tanpa perlu muncul.

Saya sedar, jika saya mahu terus bertahan, saya perlu menukar strategi.

Saya perlu padamkan bunyi, matikan suara.

Kerana dalam dunia ini…

Diam itu bukan hanya selamat. Diam itu juga senjata.


 

Penulisan Manuskrip Kisah Sihir ini terlaksana hasil sokongan dan tajaan daripada para pembaca yang budiman. Segala sumbangan anda, kecil atau besar, adalah pelita yang menyalakan jalan kami untuk terus berkarya dan menyampaikan penulisan eksklusif ini kepada semua.

Sila rujuk penerangan berikut:

📌Klik Untuk Menyokong Penulisan Manuskrip Kisah Sihir

Jika anda belum lagi mendaftar sebagai ahli sila ke link di bawah ini:

📌Klik Untuk Mendaftar sebagai Ahli - PERCUMA! 

 

Tajaan boleh dilakukan melalui pautan setiap bahagian manuskrip.
Jika anda sudah berdaftar, pautan tersebut akan membawa anda terus ke halaman tajaan.
Jika belum, anda akan dibawa ke halaman pendaftaran dahulu (percuma).


1. Bahagian I: Ujian Peribadi dan Pintu Dunia Ghaib
📘 10 Episod 🔗 Tajaan Bahagian I

2. Bahagian II: Taktikal Pertahanan dan Serangan Balas
📘 20 Episod 🔗 Tajaan Bahagian II

3. Bahagian III: Struktur Dunia Ghaib dan Hierarki Jin
📘 20 Episod 🔗 Tajaan Bahagian III

4. Bahagian IV: Pemulihan, Penyucian dan Pesanan
📘 22 Episod 🔗 Tajaan Bahagian IV

5. Bahagian V: Refleksi Diri Seorang Khalifah
📘 8 Episod 🔗 Tajaan Bahagian V



Terima kasih atas sokongan anda. Setiap tajaan anda kecil atau besar adalah pelita yang menyalakan jalan kami untuk terus berkarya dan menyampaikan penulisan ekslusif kepada semua. Semoga Allah merahmati anda dunia dan akhirat.

Disampaikan oleh BAZ (B.A.Z Administrator)
Kongsikan:
Tinggalkan komen
Email anda tidak akan dipaparkan. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Contoh: https://mywebsite.com

Komen (0):

Paling Popular

Dengan mengklik "Terima Semua Kuki", anda bersetuju untuk menyimpan kuki pada peranti anda bertujuan untuk mempertingkatkan navigasi laman sesawang, menganalisis penggunaan laman sesawang dan membantu dalam sebarang usaha pemasaran.