Manuskrip Kisah Sihir — Ujian Seorang Khalifah di Medan Zahir dan Ghaib

BAHAGIAN I BAB 8: STRATEGI MENYEMBUNYIKAN DIRI DAN GELAP LAWAN TERANG

April 14, 2025 290 1
Ongoing
Anggaran masa membaca
3 minit 36 saat

Bahagian I: Jerat Sihir

Bab 8: Strategi Menyembunyikan Diri dan Gelap Lawan Terang

 

Sihir adalah peperangan.

Dan dalam mana-mana peperangan, mendedahkan posisi sebelum tiba waktunya adalah kebodohan yang paling besar.

Itulah yang saya faham setelah bertahun-tahun menjadi sasaran.

Saya tidak pernah dibaca dengan jelas oleh pihak lawan dan saya hanya membiarkan lawan hanya menebak-nebak bahawa saya ini bodoh sahaja.


Kenapa saya bertahan begitu lama?

Satu sebab saya iaitu saya mahu bersembunyi di dalam "gelap".

Saya membiarkan mereka iaitu para penyihir dan pengupah hanya nampak apa yang mereka mahu lihat. Mereka nampak saya sebagai orang biasa, lemah dan tidak berbuat apa-apa.

Saya biarkan.

Saya tak membalas.

Saya tak update status sindiran.

Saya tak berbalas doa atau membakar jin sesuka hati.

Saya cuma menyimpan.

Kerana saya tahu bahawa setiap maklumat adalah senjata.

Apabila mereka tak tahu siapa kita sebenarnya, maka mereka akan lemah dengan sangkaan mereka sendiri.


Gelap lawan terang

Saya berada dalam gelap.

Mereka fikir saya berada dalam terang.

Dan bila mereka mula bertindak, saya sudah baca corak mereka.

Saya tahu siapa pengupah.

Saya tahu siapa penyihir.

Saya tahu apa motif mereka.

Tetapi saya senyap.

Kerana saya tahu pada masa yang tepat, saya akan melangkah.

Dan apabila saya melangkah, saya tidak akan melangkah dengan tangan kosong.

Saya akan buat sekali harung.


Kenapa mereka tak mampu menewaskan saya?

Baik pengupah mahu penyihir, mereka bingung. Mereka musykil. Mereka bertanya:

“Kenapa sihir tak makan? Kenapa tak lepas-lepas?”

Sebab mereka hanya nampak luaran.

Mereka tak tahu saya sudah lama memadam jejak baik fizikal mahupun rohani.

Saya tidak tinggalkan rekod kerana saya kerana tiada kerja jahat dan melanggar peraturan dunia apatah langgar perintah Allah.

Saya tidak terikut emosi.

Saya tidak bertindak balas secara spontan ikut suka-suka sahaja.

Saya hanya perhatikan, kumpul data dan tunggu lampu hijau dari Rabb.


Belajar dari Rasulullah SAW

Ingat kisah Hijrah?

Nabi Muhammad SAW tidak terus pergi Madinah selepas dapat wahyu berhijrah.

Baginda menyusun strategi.

Berada di dalam Gua.

Mengelirukan musuh.

Menipu angin dan membuang jejak.

Dan keluar pada waktu paling tidak dijangka.

Peperangan tidak ditentukan semata-mata oleh kekuatan… tetapi oleh siapa yang bijak memilih waktu dan tempat.


Penutup Bab:

Bab ini adalah pelajaran tentang mengurus kekuatan diri sendiri.

Jangan cepat sangat nak tunjuk kita tahu.

Jangan gopoh sangat nak balas serangan.

Jangan cepat rasa bangga dengan kasyaf atau ilmu.

Kerana bila kita mula bercakap, kita mula didengar oleh orang.

Dan bila kita mula dilihat, kita mula dikecam.

Dalam dunia ghaib, yang menang bukan yang paling kuat… tetapi yang paling bijak menyembunyikan cahaya dalam kegelapan dan menyamarkan cahaya dalam cahaya.

Dalam bab seterusnya, saya akan bawa kita semua melihat ke dalam hati manusia bagaimana motif, dendam dan iri hati boleh menjadi punca sebenar sihir. Insyaallah kita juga akan lihat bagaimana wajah-wajah biasa di sekeliling kita mungkin menyimpan hasad yang luar biasa.


 

Manuskrip Kisah Sihir ini bukan sekadar sebuah penulisan. Ia adalah sebuah perjalanan yang merakam pengalaman sebenar, penelitian kepada perkara batin dan pertembungan antara dua dunia nyata dan ghaib.

Setiap episod walau ringkas, ia ditulis dengan penuh penelitian, dengan doa dan keberanian untuk membongkar perkara yang ramai takut untuk disentuh.

Namun, misi ini hanya dapat diteruskan kerana adanya anda. 

Setiap sumbangan, sama ada kecil atau besar, adalah bpendorong kepada kami. Ia menjadi tenaga untuk kami terus menulis, membongkar dan menyampaikan kepada mereka yang mencari kebenaran.

 

Sila rujuk penerangan berikut:

📌Klik Untuk Menyokong Penulisan Manuskrip Kisah Sihir

Jika anda belum lagi mendaftar sebagai ahli sila ke link di bawah ini:

📌Klik Untuk Mendaftar sebagai Ahli - PERCUMA! 

 

Tajaan boleh dilakukan melalui pautan setiap bahagian manuskrip.
Jika anda sudah berdaftar, pautan tersebut akan membawa anda terus ke halaman tajaan.
Jika belum, anda akan dibawa ke halaman pendaftaran dahulu (percuma).


1. Bahagian I: Ujian Peribadi dan Pintu Dunia Ghaib
📘 10 Episod 🔗 Tajaan Bahagian I

2. Bahagian II: Taktikal Pertahanan dan Serangan Balas
📘 20 Episod 🔗 Tajaan Bahagian II

3. Bahagian III: Struktur Dunia Ghaib dan Hierarki Jin
📘 20 Episod 🔗 Tajaan Bahagian III

4. Bahagian IV: Pemulihan, Penyucian dan Pesanan
📘 22 Episod 🔗 Tajaan Bahagian IV

5. Bahagian V: Refleksi Diri Seorang Khalifah
📘 8 Episod 🔗 Tajaan Bahagian V


 

Setiap sen tajaan anda adalah sebahagian daripada jihad ilmu ini. Anda bukan sekadar pembaca, tetapi juga pejuang yang membantu menegakkan kebenaran dan membongkar kebatilan yang tersembunyi.

Semoga Allah menerima sumbangan anda sebagai amal jariah, melindungi anda daripada keburukan dan mengurniakan keberkatan di dunia serta akhirat.

Disampaikan oleh BAZ (B.A.Z Administrator)
Kongsikan:
Tinggalkan komen
Email anda tidak akan dipaparkan. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Contoh: https://mywebsite.com

Komen (1):

Paling Popular

Dengan mengklik "Terima Semua Kuki", anda bersetuju untuk menyimpan kuki pada peranti anda bertujuan untuk mempertingkatkan navigasi laman sesawang, menganalisis penggunaan laman sesawang dan membantu dalam sebarang usaha pemasaran.