Usaha AROPL Memalsukan Makna Khair
Sepertimana yang telah dinyatakan dalam artikel induk, fitnah akhir zaman bukanlah menolak al-Quran secara terang-terangan. Ia jauh lebih halus. Dajjal dan para pengikutnya membawa tafsiran batil, menyelitkan racun dalam ayat-ayat suci, lalu menjadikan wahyu Allah sebagai alat untuk mengabsahkan ajaran mereka.
Gerakan Ahmadi Religion of Peace and Light (AROPL) yang didalangi oleh Abdullah Hashem (Dajjal) menjadi contoh jelas. Mereka mengutip ayat al-Baqarah 2:180, lalu mengubah makna “khair” daripada maksud asalnya sebagai harta dunia kepada tafsiran rekaan mereka kononnya Nabi Muhammad SAW diwajibkan meninggalkan wasiat kepemimpinan selepas baginda.
Inilah tipu daya besar. Mereka tidak menyeru agar umat manusia menolak al-Quran, tetapi melorongkan semua orang membaca al-Quran dengan kaca mata mereka.
Jika anda sedang membaca artikel ini, ketahuilah bahawa ia merupakan sebahagian daripada siri pendedahan penipuan oleh Abdullah Hashem (Dajjal), ketua ajaran sesat Ahmadi Religion of Peace and Light (AROPL). Penipuan ini dilakukan melalui manipulasi ayat al-Quran, khususnya Surah al-Baqarah ayat 2:180. Untuk memahami keseluruhan siri, anda mesti mula membacanya dari artikel pertama di pautan ini.
Dajjal, Abdullah Hashem, mendakwa bahawa perkataan khair dalam ayat 2:180 adalah bukti bahawa Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan wasiat khusus tentang siapa pengganti baginda selepas kewafatan. Atas dakwaan inilah dia mencipta pelbagai wasiat palsu yang kononnya datang daripada Nabi SAW.
Hakikatnya, tujuan utama manipulasi ini adalah untuk mengangkat dirinya sendiri sebagai Imam Mahdi di mata para pengikutnya, sedangkan dia sebenarnya adalah Dajjal.
Dalam siri ini kita akan membongkarkan bahawa tidak ada satu pun daripada ratusan perkataan khair dalam al-Quran yang merujuk kepada wasiat pelantikan pemimpin pengganti Nabi.
Ayat yang Dimanipulasi
Jikalau anda mendengar sesiapa ada menyatakan kepada anda bahawa wujudnya ayat dalam Al Quran yang menjadi dalil bahawa Nabi Muhammad S.A.W ada meninggalkan wasiat berkenaan siapakah pemimpin selepas kewafatannya, dan wasiat itu wasiat rahsia hanya melalui keluarga terdekat baginda, maka anda jauhilah segera orang itu kerana mereka adalah bahagaian daripada orang-orang yang berdusta atas ayat Allah dan memfitnah Rasulullah SAW walaupun mulut mereka ringan sahaja berselawat.
Allah S.W.T berfirman:
كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا ٱلْوَصِيَّةُ لِلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ بِٱلْمَعْرُوفِ ۖ حَقًّا عَلَى ٱلْمُتَّقِينَ
Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta (khair), (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.
Al-Baqarah 2:180
6 Jenis Kecintaan Manusia dalam al-Quran
Dalam struktur al-Quran, perkataan khair mempunyai konsistensi makna. Ia menunjuk kepada kelebihan, harta dan nikmat dunia dan akhirat. Allah S.W.T sendiri menjelaskannya dalam Ali Imran 3:14 bahawa manusia memang dicintakan kepada khair dunia iaitu wanita, anak, emas, perak, kenderaan, ternakan dan kebun.
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٰتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلْبَنِينَ وَٱلْقَنَـٰطِيرِ ٱلْمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلْفِضَّةِ وَٱلْخَيْلِ ٱلْمُسَوَّمَةِ وَٱلْأَنْعَـٰمِ وَٱلْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَـٰعُ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسْنُ ٱلْمَـَٔابِ
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Ali Imran 3:14
Daripada ayat Ali Imran 3:14 ini kita dengan jelas dan secara literal dapat mengeluarkan 6 Khair yang menjadi kecintaan manusia sebagai fitrah kejadian iaitu:
1. Wanita (ٱلنِّسَآء)
-
Merujuk kepada pasangan hidup yang menjadi keinginan fitrah seksual lelaki dengan wanita.
-
Cinta kepada wanita boleh menjadi khair jika dibawa dengan nikah yang halal, tetapi menjadi fitnah jika melalui zina, sihir atau hawa nafsu.
-
Ia juga simbol keintiman dan keturunan.
2. Anak-anak (ٱلْبَنِينَ)
-
Merujuk kepada kecintaan terhadap zuriat, keturunan dan warisan keluarga.
-
Ia boleh menjadi khair jika anak dididik dengan iman, tetapi menjadi fitnah bila anak dijadikan alasan untuk menolak jihad atau tamak harta.
-
Simbol kelangsungan generasi dan maruah keluarga.
3. Emas dan Perak (ٱلْقَنَـٰطِيرِ ٱلْمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلْفِضَّةِ)
-
Lambang kekayaan, simpanan dan kuasa ekonomi.
-
Manusia cenderung mengukur khair pada emas dan perak.
-
Dalam al-Quran, ia boleh jadi alat ibadah (zakat, sedekah, infak) atau jadi kutukan bila ditimbun tanpa hak.
4. Kuda yang diternak/berhias (ٱلْخَيْلِ ٱلْمُسَوَّمَةِ)
-
Pada zaman itu, kuda merupakan simbol kenderaan, alat peperangan dan status sosial.
-
Dalam konteks dunia moden ia berupa kenderaan, senjata atau aset mobiliti.
-
Ia boleh jadi khair bila digunakan untuk jihad, dakwah, perjalanan halal atau fitnah bila jadi lambang kemewahan dan kesombongan.
5. Binatang ternakan (ٱلْأَنْعَـٰمِ)
-
Termasuk unta, lembu, kambing, biri-biri.
-
Sumber makanan, pakaian, tunggangan, perdagangan termasuk sumber tenusu.
-
Ia adalah khair bila dizakatkan, dikorbankan dan digunakan halal. Tetapi boleh jadi fitnah bila dijadikan ukuran darjat semata-mata.
6. Kebun tanaman (ٱلْحَرْثِ)
-
Hasil pertanian seperti gandum, padi, kurma, anggur dan segala bentuk makanan asas.
-
Simbol sumber hidup dan ekonomi.
-
Boleh jadi khair bila hasilnya diinfakkan dan disyukuri tetapi fitnah bila jadi lambang tamak, riba dan perebutan.
Inilah 6 khair duniawi yang Allah sebut dalam Ali ‘Imran 3:14 iaitu wanita, anak, emas/perak, kuda (kenderaan), ternakan, kebun. Semua ini adalah khair dunia, bukan tujuan akhir.
Allah menutup ayat dengan peringatan:
ذَٰلِكَ مَتَـٰعُ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسْنُ ٱلْمَـَٔابِ
... semua ini hanya kesenangan sementara (khair dunia), sedangkan di sisi Allah ada tempat kembali yang terbaik (khair akhirat).
Makna Khair dalam Qur’an
Dalam struktur al-Quran, perkataan khair mempunyai makna yang sangat konsisten walau dimanapun Allah S.W.T gunakan dalam kalamnya. Ia tetap menunjuk kepada kelebihan, harta dan nikmat duniawi yang mana Allah sendiri menjelaskannya dalam Ali ‘Imrān 3:14 yang telah kita lihat di atas. Memang manusia dijadikan untuk cintakan kepada khair dunia berupada wanita, anak, emas, perak, kenderaan, ternakan dan kebun.
Sebagai maklumat tambahan, ayat Al-Baqarah 2:180 duduk dalam satu blok panjang dari ayat 177 hingga 283. Semuanya berbicara tentang muamalat, infak, harta, hutang, wasiat dan sedekah.
Maka apabila al-Baqarah 2:180 menyebut “in taraka khayran” (jika dia meninggalkan khair), makna paling lurus ialah harta peninggalan miliknya, bukan wasiat pewarisan kemimpinan kerana manusia tidak dijadikan untuk cinta kepada jawatan pemimpin atau cinta untuk melantik pemimpin.
Jika tiba-tiba ayat ini diubah makna kepada “wasiat kepemimpinan”, ia meruntuhkan keseluruhan konteks. Ia seperti memasukkan manik ke dalam susunan permata.
Dalil Sirah Nabi
Nabi S.A.W tidak pernah menulis wasiat tentang pemimpin selepas baginda. Dalam khutbah terakhir, baginda menekankan:
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara: Kitab Allah dan Itrah Ahlul Baitku.
Kepemimpinan Abu Bakr as-Siddiq r.a. selepas Nabi terhasil daripada syura, bukan daripada wasiat rahsia.
Jika 2:180 benar-benar mewajibkan Nabi S.A.W menulis wasiat kepemimpinan, sudah tentu ada riwayat sahih mengenainya. Namun yang wujud hanya riwayat rekaan golongan Syiah Ghulat, yang kini dihidupkan semula oleh AROPL.
Khair Duniawi dan Penipuan AROPL
Allah telah menetapkan pola yang sangat jelas dalam al-Qur’an tentang maksud khair duniawi. Dalam Ali ‘Imrān 3:14, Allah menyatakan bahawa manusia memang dihiasi dengan kecintaan kepada enam perkara iaitu wanita, anak-anak, emas dan perak, kenderaan yang menjadi alat prestij dan peperangan, binatang ternakan serta kebun tanaman. Inilah enam bentuk khair duniawi yang membentuk fitrah manusia. Ia adalah nikmat yang Allah beri untuk diuji, sama ada manusia akan menjadikannya jalan ke syurga atau terjerumus kepada fitnah.
Wanita dan anak-anak menjadi lambang kasih sayang, keintiman dan kelangsungan keturunan. Emas dan perak menjadi simbol kekayaan dan kekuasaan. Kuda dan kenderaan adalah tanda kemegahan, alat mobiliti dan peperangan. Binatang ternakan pula menjadi sumber rezeki dan perdagangan, manakala kebun tanaman melambangkan kestabilan ekonomi dan sumber kehidupan. Semua ini adalah khair duniawi, yang boleh menjadi jambatan menuju khair akhirat jika digunakan dengan iman, syukur dan infak; atau sebaliknya menjadi fitnah jika disalahguna untuk hawa nafsu, riba, sombong dan perebutan.
Inilah pola khair yang konsisten dalam al-Quran yang tidak perlu ditafsirpun bahkan boleh difahami dengan mudah. Maka, apabila Allah menyebut dalam al-Baqarah 2:180 bahawa “jika seseorang meninggalkan khair”, maknanya tetap kembali kepada kerangka ini iaitu harta dunia yang menjadi milik seseorang ketika hampir mati. Ia mesti diuruskan dengan wasiat yang adil agar tidak menimbulkan perebutan di kalangan waris, kerana fitrah manusia terhadap khair duniawi ini memang kuat dan sering menjerumus kepada pertikaian. Wasiat inilah yang mengalihkan khair dunia daripada menjadi bahan pergaduhan, kepada menjadi khair akhirat yang kekal.
Namun, usaha AROPL adalah memotong istilah khair daripada akar al-Quran ini. Mereka cuba memisahkan 2:180 daripada pola besar yang Allah sendiri tetapkan. Padahal, tidak ada satu pun tafsir klasik, tidak ada satu pun dalil sahih, yang membawa makna khair di sini kepada wasiat waris kepemimpinan. Ia adalah pemalsuan struktur linguistik al-Quran. Mereka mahu menggantikan makna khair dunia dengan “wasiat kepemimpinan selepas Nabi”, supaya wujud ruang bagi mereka menanam doktrin imam ghaib dan Mahdi palsu.
Hakikatnya, ayat 2:180 bukan berbicara tentang politik atau kepemimpinan, tetapi tentang wasiat kurniaan Allah di dunia. Khair di sini selaras dengan pola Ali ‘Imran 3:14 iaitu wanita, anak, emas, perak, kenderaan, ternakan, kebun. Semuanya adalah milik dunia yang mesti diurus dengan amanah ketika ajal mendekat. Menukar maknanya kepada wasiat kepemimpinan adalah satu penipuan yang nyata. Ia satu usaha memotong ayat daripada akar maknanya, lalu menunggang al-Quran untuk menegakkan sistem Dajjal.
Kesimpulan
Kenapa mereka buat tafsiran ini?
Kerana mereka mahu meletakkan asas palsu bahawa Nabi S.A.W meninggalkan wasiat rahsia tentang kepemimpinan. Dari situ mereka bina naratif 12 imam ghaib, Mahdi palsu dan akhirnya kepemimpinan global Dajjal.
Ayat ini dimanipulasi menjadi “pintu masuk”, supaya semua orang percaya ada dokumen ghaib yang menentukan siapa pemimpin selepas Nabi S.A.W.
Inilah antara penipuan besar mereka iaitu mengubah ayat harta menjadi ayat kepemimpinan, agar orang yang jahil tunduk kepada sistem imam rekaan mereka dan berbaiah kepada Dajjal.
Nota:
Artikel ini adalah sebahagian daripada siri pendedahan besar penipuan AROPL dan projek Jihad Siber Lawan Dajjal. Bukan untuk menentang tetapi untuk tahu dan kenal supaya dapat melarikan diri. Jadi, jangan berhenti di sini sahaja. Sila pastikan anda membaca siri-siri lain yang telah diterbitkan agar keseluruhan gambaran menjadi jelas. Jika anda masih belum membaca artikel induk, anda boleh merujuk pautan ini: [Klik di sini untuk membaca artikel induk].
Penulisan seperti ini tidak lahir dengan mudah. Ia memerlukan masa, tenaga dan juga kos untuk diterbitkan serta disebarkan ke seluruh dunia. Jika anda menghargai usaha ini dan mahu menjadi sebahagian daripada jihad pendedahan fitnah akhir zaman, anda boleh menaja penulisan dan penyebaran artikel melalui pautan ini: [Klik di sini untuk menaja].
Jika anda belum lagi mendaftar sebagai ahli sila ke link di bawah ini: [Klik Untuk Mendaftar sebagai Ahli - PERCUMA! ]
Akhir sekali, ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua penaja yang telah menyumbang. Dengan izin Allah dan sokongan anda, siri pendedahan ini dapat terus diteruskan tanpa terhenti. Anda adalah sebahagian daripada usaha menegakkan kebenaran ini. Semoga Allah menggantikan khair yang lebih besar untuk anda di dunia dan di akhirat.
Reply to: