Khair dalam Surah al-Baqarah
Jika “khair” dalam Surah al-Baqarah bermaksud kebaikan zahir yang boleh diberi, dilakukan dan dilihat, maka mustahil khair dalam 2:180 tiba-tiba menjadi wasiat pelantikan pewaris kepimpinan.
Dalam Surah al-Baqarah, Allah SWT menyebut berulang kali tentang khair. Setiap kali ia muncul, maknanya tetap kembali kepada pola yang Allah tetapkan dalam Ali Imran 3:14: kecintaan manusia kepada wanita, anak-anak, emas dan perak, kenderaan, ternakan, serta kebun tanaman. Keenam-enam ini adalah khair duniawi yang menjadi fitrah manusia. Namun al-Qur’an menuntun kita agar khair duniawi ini tidak berhenti di dunia, sebaliknya dialihkan fungsinya agar menjadi khair akhirat yang lebih kekal.
Al-Baqarah 2:54
Ayat 2:54 misalnya, menunjukkan khair bukan pada mempertahankan syirik, tetapi pada bertaubat dan mematikan diri daripada dosa syirik. Meninggalkan syirik lebih khair daripada terus tenggelam dalamnya, kerana Allah Maha Penerima taubat dan Maha Pengasih.
وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِۦ يَـٰقَوْمِ إِنَّكُمْ ظَلَمْتُمْ أَنفُسَكُم بِٱتِّخَاذِكُمُ ٱلْعِجْلَ فَتُوبُوٓا۟ إِلَىٰ بَارِئِكُمْ فَٱقْتُلُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌۭ لَّكُمْ عِندَ بَارِئِكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
Al-Baqarah 2:61
Begitu juga ayat 2:61, di mana Bani Israel lebih suka menukar nikmat besar daripada Allah dengan makanan duniawi yang rendah tahapnya. Alla berikan makanan syurga tetapi mereka mahukan makanan dunia. Allah mengingatkan bahawa khair syurga adalah jauh lebih baik dan itu sepatutnya menjadi tujuan akhir.
وَإِذْ قُلْتُمْ يَـٰمُوسَىٰ لَن نَّصْبِرَ عَلَىٰ طَعَامٍۢ وَٰحِدٍۢ فَٱدْعُ لَنَا رَبَّكَ يُخْرِجْ لَنَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلْأَرْضُ مِنۢ بَقْلِهَا وَقِثَّآئِهَا وَفُومِهَا وَعَدَسِهَا وَبَصَلِهَا ۖ قَالَ أَتَسْتَبْدِلُونَ ٱلَّذِى هُوَ أَدْنَىٰ بِٱلَّذِى هُوَ خَيْرٌ ۚ ٱهْبِطُوا۟ مِصْرًۭا فَإِنَّ لَكُم مَّا سَأَلْتُمْ ۗ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلْمَسْكَنَةُ وَبَآءُو بِغَضَبٍۢ مِّنَ ٱللَّهِ ۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا۟ يَكْفُرُونَ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ وَيَقْتُلُونَ ٱلنَّبِيِّـۧنَ بِغَيْرِ ٱلْحَقِّ ۗ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا۟ وَّكَانُوا۟ يَعْتَدُونَ
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu". Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.
Al-Baqarah 2:102-103
Dalam 2:102-103, Allah mengikat makna khair dengan larangan sihir. Khair ialah meninggalkan sihir dan memilih jalan halal dalam hubungan lelaki dan wanita. Sihir yang dipelajari oleh orang Yahudi hingga mampu memisahkan suami isteri adalah jalan batil, sedangkan pernikahan halal adalah khair mutlak.
وَٱتَّبَعُوا۟ مَا تَتْلُوا۟ ٱلشَّيَـٰطِينُ عَلَىٰ مُلْكِ سُلَيْمَـٰنَ ۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَـٰنُ وَلَـٰكِنَّ ٱلشَّيَـٰطِينَ كَفَرُوا۟ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحْرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَـٰرُوتَ وَمَـٰرُوتَ ۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌۭ فَلَا تَكْفُرْ ۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيْنَ ٱلْمَرْءِ وَزَوْجِهِۦ ۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنفَعُهُمْ ۚ وَلَقَدْ عَلِمُوا۟ لَمَنِ ٱشْتَرَىٰهُ مَا لَهُۥ فِى ٱلْـَٔاخِرَةِ مِنْ خَلَـٰقٍۢ ۚ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا۟ بِهِۦٓ أَنفُسَهُمْ ۚ لَوْ كَانُوا۟ يَعْلَمُونَ
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
وَلَوْ أَنَّهُمْ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّقَوْا۟ لَمَثُوبَةٌۭ مِّنْ عِندِ ٱللَّهِ خَيْرٌۭ ۖ لَّوْ كَانُوا۟ يَعْلَمُونَ
Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.
Al-Baqarah 2:105
Dalam 2:105, Allah pula menegaskan bahawa khair adalah apa sahaja kurnia yang datang daripada-Nya sama ada wahyu, rezeki, kemenangan atau pertolongan. Orang kafir membenci umat Islam menerima khair, tetapi Allah bebas menurunkan khair-Nya kerana Dialah Pemilik kurnia yang agung.
مَّا يَوَدُّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنْ أَهْلِ ٱلْكِتَـٰبِ وَلَا ٱلْمُشْرِكِينَ أَن يُنَزَّلَ عَلَيْكُم مِّنْ خَيْرٍۢ مِّن رَّبِّكُمْ ۗ وَٱللَّهُ يَخْتَصُّ بِرَحْمَتِهِۦ مَن يَشَآءُ ۚ وَٱللَّهُ ذُو ٱلْفَضْلِ ٱلْعَظِيمِ
Orang-orang kafir dari Ahli kitab, dan juga dari orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan (atau wahyu) dari Tuhan kamu Padahal Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah (jualah Yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar.
Al-Baqarah 2:110
Dalam 2:110, Khair jelas merujuk kepada segala kelebihan duniawi iaitu enam perkara dalam Ali Imran 3:14 (wanita/isteri, anak, emas dan perak, kenderaan, ternakan, dan kebun) yang apabila dikeluarkan dari milik sendiri lalu diberikan kepada orang lain melalui zakat, sedekah atau infak akan dibalas oleh Allah dengan khair yang jauh lebih baik di akhirat. Syarat asasnya jelas dalam ayat iaitu menunaikan solat dan menunaikan zakat sebagai tanda keikhlasan, barulah khair dunia itu berubah menjadi khair akhirat yang kekal.
وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ ۚ وَمَا تُقَدِّمُوا۟ لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍۢ تَجِدُوهُ عِندَ ٱللَّهِ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌۭ
Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.
Al-Baqarah 2:158
Dalam 2:158, Khair merujuk menggunakan khair dunia (emas, perak, harta, kenderaan, tenaga, keluarga) untuk mencari keredhaan Allah dengan menunaikan haji dan umrah. Dengan pengorbanan itu, Allah gantikan dengan khair akhirat yang lebih besar dan kekal, kerana Dia Maha Mensyukuri (yakni menghargai amal hamba-Nya walau kecil) dan Maha Mengetahui (niat serta ikhlasnya hati).
۞ إِنَّ ٱلصَّفَا وَٱلْمَرْوَةَ مِن شَعَآئِرِ ٱللَّهِ ۖ فَمَنْ حَجَّ ٱلْبَيْتَ أَوِ ٱعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَن يَطَّوَّفَ بِهِمَا ۚ وَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًۭا فَإِنَّ ٱللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ ١٥٨
Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) ugama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.
Al-Baqarah 2:180
Ayat 2:180 yang di manipulasi oleh Dajjal dan AROPL sebenarnya menunjukkan bahawa khair dunia milik seseorang sama ada harta, emas, perak, kebun, ternakan atau kenderaan yang apabila dia hampir mati, ia mesti dipindahkan fungsinya melalui wasiat kepada ibu bapa dan kaum kerabat setakat mana peraturan syarak membenarkan. “Hampir mati” tidak terhad kepada sakit, tua atau keluar berperang, tetapi meliputi segala keadaan di mana risiko maut jelas di depan mata atau harta berpotensi ditinggalkan tanpa amanah yang jelas (musafir jauh, pembedahan besar, bencana, dll.). Inilah cara mengurus khair dunia supaya tidak menjadi punca pergaduhan waris, kerana waris sendiri mempunyai fitrah Ali Imran 3:14 iaitu kecenderungan cinta harta, keluarga dan milik duniawi. Wasiat yang adil mengalihkan kecintaan itu kepada khair akhirat melalui amanah yang teratur.
كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا ٱلْوَصِيَّةُ لِلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ بِٱلْمَعْرُوفِ ۖ حَقًّا عَلَى ٱلْمُتَّقِينَ
Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.
Al-Baqarah 2:184
Khair dalam ayat ini menerangkan bahawa puasa adalah jalan untuk mendapatkan khair akhirat. Puasa menjadi mekanisme latihan rohani untuk mengawal, mengekang dan menguji diri terhadap kecintaan kepada khair dunia sama ada seksual, makanan, minuman, harta dan segala bentuk kesenangan yang dihias indah sebagaimana disebut dalam Ali ‘Imran 3:14. Dengan meninggalkan khair dunia untuk sementara waktu kesan berpuasa kerana Allah, seseorang akan memperolehi khair yang lebih tinggi dan kekal di akhirat.
أَيَّامًۭا مَّعْدُودَٰتٍۢ ۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍۢ فَعِدَّةٌۭ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى ٱلَّذِينَ يُطِيقُونَهُۥ فِدْيَةٌۭ طَعَامُ مِسْكِينٍۢ ۖ فَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًۭا فَهُوَ خَيْرٌۭ لَّهُۥ ۚ وَأَن تَصُومُوا۟ خَيْرٌۭ لَّكُمْ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
Al-Baqarah 2:197
Khair dalam ayat ini menunjukkan adanya khair dalam khair. Khair yang besar ialah menunaikan haji dan umrah sebagaimana telah ditegaskan dalam 2:158. Di samping itu terdapat khair tambahan iaitu dengan mematuhi segala larangan ketika haji (rafath, fusuq dan jidal) serta memperbanyakkan amal soleh. Ayat ini juga memberi isyarat kepada khair penguat, iaitu amal lain yang mengiringi ibadah haji seperti puasa sebagai latihan menahan nafsu (2:184), wasiat harta sebagai persediaan sebelum berangkat (2:180), serta sedekah, infak dan korban yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas haji atau umrah (2:110).
ٱلْحَجُّ أَشْهُرٌۭ مَّعْلُومَـٰتٌۭ ۚ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ ٱلْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِى ٱلْحَجِّ ۗ وَمَا تَفْعَلُوا۟ مِنْ خَيْرٍۢ يَعْلَمْهُ ٱللَّهُ ۗ وَتَزَوَّدُوا۟ فَإِنَّ خَيْرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقْوَىٰ ۚ وَٱتَّقُونِ يَـٰٓأُو۟لِى ٱلْأَلْبَـٰبِ
(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).
Al-Baqarah 2:215
Khair dalam ayat ini merujuk kepada segala jenis harta atau kelebihan duniawi seperti emas, perak, hasil kebun, hasil ternakan, kenderaan dan lain-lain sebagaimana yang dinyatakan dalam Ali Imran 3:14. Apabila khair dunia ini dikeluarkan sebagai nafkah, infak, korban atau pemberian lain kepada ibu bapa, kerabat, anak yatim, orang miskin dan musafir, maka khair dunia itu bertukar menjadi khair akhirat. Allah menegaskan bahawa Dia Maha Mengetahui setiap amal yang dilakukan, sekecil apa pun, dan setiap pengorbanan khair dunia itu akan kembali sebagai balasan khair yang lebih besar di sisi-Nya.
يَسْـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ ۖ قُلْ مَآ أَنفَقْتُم مِّنْ خَيْرٍۢ فَلِلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ وَٱلْيَتَـٰمَىٰ وَٱلْمَسَـٰكِينِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ ۗ وَمَا تَفْعَلُوا۟ مِنْ خَيْرٍۢ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌۭ
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).
Al-Baqarah 2:216
Khair dalam ayat ini bermaksud bahawa berperang menuntut pengorbanan besar atas semua khair duniawi yang telah dihias indah dalam Ali Imran 3:14. Dalam peperangan, seorang mukmin terpaksa meninggalkan isteri dan anak-anak buat sementara waktu, bahkan ada risiko kehilangan nyawa. Perang juga memerlukan pengorbanan harta, emas, perak, kenderaan, ternakan, kebun, hasil makanan dan segala khair dunia lain. Walaupun jiwa manusia secara fitrah membenci kehilangan khair dunia itu, hakikatnya peperangan di jalan Allah adalah khair yang jauh lebih besar di akhirat, kerana ia menjaga agama, menyelamatkan maruah umat, dan menjamin balasan syurga serta kemuliaan kekal di sisi Allah.
كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌۭ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكْرَهُوا۟ شَيْـًۭٔا وَهُوَ خَيْرٌۭ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّوا۟ شَيْـًۭٔا وَهُوَ شَرٌّۭ لَّكُمْ ۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Al-Baqarah 2:220
Khair dalam ayat ini bermaksud usaha memperbaiki keadaan anak yatim dengan penuh amanah dan kasih sayang. Ini merangkumi sama ada dalam bentuk pengurusan harta mereka atau penjagaan kehidupan seharian mereka. Harta seperti emas, perak, kebun dan ternakan adalah khair dunia yang lazimnya dicintai oleh orang dewasa. Namun apabila ia berkait dengan anak yatim, khair dunia itu tidak boleh diperalat untuk menzalimi mereka, sebaliknya mesti digunakan untuk islaḥ (perbaikan dan kesejahteraan). Dengan cara itu, khair dunia yang dijaga dengan amanah akan berubah menjadi khair akhirat, iaitu ganjaran besar di sisi Allah kerana menjaga hak dan maruah anak yatim.
فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْـَٔاخِرَةِ ۗ وَيَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلْيَتَـٰمَىٰ ۖ قُلْ إِصْلَاحٌۭ لَّهُمْ خَيْرٌۭ ۖ وَإِن تُخَالِطُوهُمْ فَإِخْوَٰنُكُمْ ۚ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ ٱلْمُفْسِدَ مِنَ ٱلْمُصْلِحِ ۚ وَلَوْ شَآءَ ٱللَّهُ لَأَعْنَتَكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌۭ
Mengenai (urusan-urusan kamu) di dunia dan di akhirat dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: "Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya", dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seugama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Al-Baqarah 2:221
Khair dalam ayat ini bermaksud bahawa pasangan hidup yang beriman, sama ada lelaki atau wanita, walaupun kedudukan mereka rendah seperti seorang hamba, tetap lebih khair berbanding pasangan musyrik yang mungkin memiliki rupa paras, harta atau kedudukan duniawi yang mempesona. Allah sudah menjelaskan dalam Ali Imran 3:14 bahawa manusia secara fitrah memang cenderung kepada khair duniawi seperti wanita, pasangan, anak-anak, harta, kebun dan sebagainya. Namun dalam ayat ini Allah meluruskan fitrah itu, bahawa segala daya tarikan duniawi pada pasangan musyrik tidak ada nilainya tanpa iman. Maka hakikatnya, khair sebenar dalam perkahwinan dan keluarga hanya terletak pada asas iman, bukan pada kecantikan, kekayaan atau status sosial.
وَلَا تَنكِحُوا۟ ٱلْمُشْرِكَـٰتِ حَتَّىٰ يُؤْمِنَّ ۚ وَلَأَمَةٌۭ مُّؤْمِنَةٌ خَيْرٌۭ مِّن مُّشْرِكَةٍۢ وَلَوْ أَعْجَبَتْكُمْ ۗ وَلَا تُنكِحُوا۟ ٱلْمُشْرِكِينَ حَتَّىٰ يُؤْمِنُوا۟ ۚ وَلَعَبْدٌۭ مُّؤْمِنٌ خَيْرٌۭ مِّن مُّشْرِكٍۢ وَلَوْ أَعْجَبَكُمْ ۗ أُو۟لَـٰٓئِكَ يَدْعُونَ إِلَى ٱلنَّارِ ۖ وَٱللَّهُ يَدْعُوٓا۟ إِلَى ٱلْجَنَّةِ وَٱلْمَغْفِرَةِ بِإِذْنِهِۦ ۖ وَيُبَيِّنُ ءَايَـٰتِهِۦ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).
Al-Baqarah 2:262-263
Khair dalam ayat ini menjadi peringatan bahawa nilai amal tidak diukur hanya pada keluarnya harta (khair dunia), tetapi lebih utama pada adab, akhlak dan keikhlasan yang menyertai pemberian itu. Allah menegaskan bahawa kata-kata baik dan sikap memaafkan adalah lebih mulia (khair) di sisi-Nya berbanding sedekah harta yang tercemar dengan keburukan akhlak seperti celaan atau riya’. Ayat ini juga memberi peringatan bahawa tidak semua khair dunia yang dibelanjakan sama ada emas, perak, kebun, ternakan atau kenderaan sebagaimana disebut dalam Ali Imran 3:14 akan menjadi khair akhirat. Ia hanya akan bertukar menjadi khair akhirat apabila disertai dengan ikhlas, adab dan akhlak mulia.
ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ثُمَّ لَا يُتْبِعُونَ مَآ أَنفَقُوا۟ مَنًّۭا وَلَآ أَذًۭى ۙ لَّهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.۞ قَوْلٌۭ مَّعْرُوفٌۭ وَمَغْفِرَةٌ خَيْرٌۭ مِّن صَدَقَةٍۢ يَتْبَعُهَآ أَذًۭى ۗ وَٱللَّهُ غَنِىٌّ حَلِيمٌۭ
(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.
Al-Baqarah 2:268-269
Khair dalam ayat ini bermaksud hikmah, iaitu gabungan ilmu, kefahaman, kebijaksanaan serta kemampuan meletakkan sesuatu pada tempatnya dengan benar. Seseorang yang dianugerahkan hikmah oleh Allah sebenarnya telah diberikan khair yang banyak, kerana dengan hikmah itu dia tahu bagaimana menguruskan khair dunia sama ada harta, emas, perak, kenderaan, ternakan atau kebun sebagaimana disebut dalam Ali Imran 3:14 tanpa tenggelam dalam fitnah serta ujian yang datang bersamanya. Dengan hikmah, dia dapat membezakan dengan jelas bahawa khair dunia hanyalah sementara, sedangkan khair akhirat adalah kekal. Maka hikmah menjadi kunci untuk menukar khair duniawi menjadi jalan menuju khair akhirat.
ٱلشَّيْطَـٰنُ يَعِدُكُمُ ٱلْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِٱلْفَحْشَآءِ ۖ وَٱللَّهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةًۭ مِّنْهُ وَفَضْلًۭا ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌۭ
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.يُؤْتِى ٱلْحِكْمَةَ مَن يَشَآءُ ۚ وَمَن يُؤْتَ ٱلْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِىَ خَيْرًۭا كَثِيرًۭا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَـٰبِ
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
Al-Baqarah 2:271
Khair dalam ayat ini bermaksud bahawa sedekah yang dilakukan secara ikhlas dan tersembunyi lebih mulia berbanding sedekah yang ditunjukkan kepada umum. Sedekah terang-terangan tetap baik, terutama jika tujuannya untuk memberi motivasi dan teladan kepada orang lain. Namun, sedekah yang dilakukan secara rahsia adalah lebih khair, kerana ia lebih terpelihara daripada penyakit riya’, lebih ikhlas kerana hanya Allah yang mengetahuinya dan lebih menjaga maruah fakir miskin yang menerima. Dengan cara ini, sedekah bukan sahaja memberi manfaat duniawi kepada penerima, tetapi juga membawa ganjaran akhirat yang lebih besar berupa penghapusan dosa dan pahala yang berlipat ganda.
إِن تُبْدُوا۟ ٱلصَّدَقَـٰتِ فَنِعِمَّا هِىَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا ٱلْفُقَرَآءَ فَهُوَ خَيْرٌۭ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّـَٔاتِكُمْ ۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌۭ
Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Al-Baqarah 2:272
Khair dalam ayat ini diulang dua kali untuk menegaskan bahawa segala khair dunia yang diinfaqkan sama ada emas, perak, harta, kenderaan, ternakan atau kebun sebagaimana disebut dalam Ali Imran 3:14 hakikatnya kembali kepada diri sendiri dalam bentuk khair akhirat. Syaratnya ialah keikhlasan, iaitu infak itu benar-benar dilakukan kerana mencari wajah Allah, bukan kerana riya’ atau kepentingan dunia. Allah berjanji bahawa Dia akan menyempurnakan balasan khair itu tanpa mengurangi sedikit pun, menunjukkan bahawa setiap pengorbanan khair dunia dengan niat yang benar akan kembali sebagai khair yang lebih besar, lebih kekal, dan lebih suci di sisi-Nya.
۞ لَّيْسَ عَلَيْكَ هُدَىٰهُمْ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ يَهْدِى مَن يَشَآءُ ۗ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِنْ خَيْرٍۢ فَلِأَنفُسِكُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُونَ إِلَّا ٱبْتِغَآءَ وَجْهِ ٱللَّهِ ۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِنْ خَيْرٍۢ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ
Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.
Al-Baqarah 2:273
Khair dalam ayat ini bermaksud infak harta dunia kepada golongan fakir yang berjuang di jalan Allah tetapi tetap menjaga maruah diri mereka. Golongan ini enggan meminta-minta walaupun mereka dalam kesusahan, kerana keyakinan mereka kepada Allah dan kesungguhan mereka dalam jihad. Allah menegaskan bahawa setiap khair yang diinfaqkan kepada mereka tidak akan hilang nilainya, kerana Dia Maha Mengetahui setiap amal, niat dan pengorbanan yang dilakukan. Balasan bagi infak ini ialah khair akhirat yang lebih besar, ganjaran yang Allah simpan khusus bagi mereka yang menolong orang fakir yang menjaga kehormatan sambil berjuang di jalan-Nya.
لِلْفُقَرَآءِ ٱلَّذِينَ أُحْصِرُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ لَا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًۭا فِى ٱلْأَرْضِ يَحْسَبُهُمُ ٱلْجَاهِلُ أَغْنِيَآءَ مِنَ ٱلتَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُم بِسِيمَـٰهُمْ لَا يَسْـَٔلُونَ ٱلنَّاسَ إِلْحَافًۭا ۗ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِنْ خَيْرٍۢ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ
Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.
Al-Baqarah 2:280
Akhir sekali, 2:280. Khair dalam ayat ini bermaksud bahawa melepaskan atau menggugurkan hutang sebagai sedekah adalah lebih mulia di sisi Allah. Tindakan ini memerlukan pengorbanan terhadap khair dunia sama ada harta, emas, perak, hasil kebun atau apa sahaja milik yang dipinjamkan tetapi pengorbanan itu digantikan dengan khair akhirat yang kekal. Ayat ini menjadi peringatan bahawa di sebalik urusan hutang-piutang yang keras sifatnya, Allah membuka pintu khair dengan memberi peluang kepada orang beriman untuk memilih jalan rahmah, iaitu meringankan beban orang lain demi mendapat balasan yang lebih besar di sisi-Nya.
وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍۢ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيْسَرَةٍۢ ۚ وَأَن تَصَدَّقُوا۟ خَيْرٌۭ لَّكُمْ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
Penutup
Keseluruhan ayat-ayat dalam Surah al-Baqarah ini membuktikan satu pola yang konsisten dan tidak boleh disangkal. Khair dalam al-Qur’an tidak pernah sekalipun merujuk kepada wasiat kepemimpinan. Maknanya tetap kembali kepada pola yang Allah tetapkan sendiri dalam Ali Imran 3:14 iaitu harta, keluarga dan milik duniawi yang mesti ditukar fungsinya menjadi khair akhirat melalui iman, amal soleh, jihad, zakat, puasa, haji dan adab.
Maka, mustahil bagi Nabi Muhammad SAW mengeluarkan wasiat pelantikan pengganti selepas dirinya, kerana itu bukan fitrah makna khair yang dijelaskan al-Qur’an. Demikian juga kita sebagai umat manusia tidak diperintahkan untuk melantik pemimpin pengganti melalui wasiat peribadi, kerana Allah sudah menetapkan prinsip syura dalam urusan kepimpinan.
Inilah bukti kukuh bahawa penyelewengan AROPL dan Dajjal terhadap ayat al-Baqarah 2:180 adalah satu pembohongan terang-terangan. Mereka telah memotong istilah khair daripada akar maknanya, lalu menunggang al-Qur’an untuk menegakkan doktrin imam ghaib untuk meletakkan asas kepada sistem Mahdi palsu yang mereka rancang. Hakikatnya, ayat ini berbicara tentang harta dan amanah dunia, bukan tentang pewarisan kuasa atau kepemimpinan.
Nota
Subartikel ini hanyalah sebahagian daripada siri besar pendedahan tentang makna sebenar khair dalam al-Qur’an, khususnya dalam Surah al-Baqarah. Ia membuktikan bahawa setiap sebutan khair dalam surah ini tetap berpusing kepada pola yang Allah tetapkan dalam Ali Imran 3:14 iaitu harta, keluarga, dan milik duniawi yang mesti dipandu dengan iman dan amal untuk menjadi khair akhirat.
Peringatan untuk pembaca: Artikel ini adalah sebahagian daripada siri. Jika anda masih belum membaca artikel induk, sila rujuk pautan ini terlebih dahulu: [Klik di sini untuk membaca artikel induk]. Jangan berhenti di sini sahaja, kerana pemahaman penuh hanya akan jelas apabila anda mengikuti keseluruhan siri.
InsyaAllah, selepas ini kita akan beralih kepada Surah Ali Imran, di mana Allah SWT mendedahkan dengan lebih terang pola khair duniawi dalam enam perkara utama yang menjadi fitrah kecintaan manusia. Surah ini menjadi kunci penting dalam membatalkan penyelewengan AROPL yang cuba menunggang makna khair untuk mendirikan sistem imam ghaib dan Mahdi palsu.
Penulisan seperti ini memerlukan masa, tenaga dan kos agar ia dapat diterbitkan dan disebarkan ke seluruh dunia. Jika anda menghargai usaha ini dan mahu menjadi sebahagian daripada jihad pendedahan fitnah akhir zaman, anda boleh menaja penulisan dan penyebaran artikel melalui pautan ini: [Klik di sini untuk menaja].
Akhir sekali, setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua penaja yang telah menyumbang. Dengan izin Allah dan sokongan anda, siri ini dapat diteruskan tanpa terhenti. Anda adalah sebahagian daripada perjuangan menegakkan kebenaran, dan semoga Allah menggantikan sumbangan anda dengan khair yang lebih besar di dunia dan di akhirat.
Reply to: