Dajjal & AROPL

PEMBEDAHAN HADIS 19 PERENGGAN 259-2 DARI BIHAR AL ANWAR JILID 36 BAB 40

May 26, 2025 618 1
Ongoing
Estimate reading time
13 minutes 28 seconds

Hadis Palsu Yang Menjadi Wasiat Kemunculan Dajjal Dalam Watak Mahdi

Pembedahan Hadis 19 Perenggan 259-2 Dari Bihar Al Anwar Jilid 36 Bab 40


Pengenalan

Hadis 19 daripada Bihār al-Anwār Jilid 36 Bab 40 merupakan sebuah kerangka utama dalam membina naratif kemunculan Dajjal sebagai Imam Mahdi. Hadis palsu ini mengandungi struktur terancang yang didakwa sebagai wasiat Nabi Muhammad S.A.W, padahal ia adalah manipulasi al-Quran dan hadis bagi tujuan untuk mengelirukan umat Islam.

Memahami hadis palsu ini sangat penting kerana daripada hadis palsu inilah seluruh kerangka pembongkaran dapat dikenal pasti. Kita mahu ia terbongkar supaya kita boleh tahu dan melarikan diri, bukan untuk berlawan dengan mereka.

Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada kita semua agar tidak mendepani Dajjal kerana kita pasti akan tewas. Sebaliknya, kita diperintahkan untuk melarikan diri demi keselamatan diri dan keluarga sebagaimana hadis nabi Muhammad S.A.W seperti berikut:

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، حَدَّثَنَا حُمَيْدُ بْنُ هِلاَلٍ، عَنْ أَبِي الدَّهْمَاءِ، قَالَ سَمِعْتُ عِمْرَانَ بْنَ حُصَيْنٍ، يُحَدِّثُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ مَنْ سَمِعَ بِالدَّجَّالِ فَلْيَنْأَ عَنْهُ فَوَاللَّهِ إِنَّ الرَّجُلَ لَيَأْتِيهِ وَهْوَ يَحْسِبُ أَنَّهُ مُؤْمِنٌ فَيَتَّبِعُهُ مِمَّا يُبْعَثُ بِهِ مِنَ الشُّبُهَاتِ أَوْ لِمَا يُبْعَثُ بِهِ مِنَ الشُّبُهَاتِ ‏"‏ ‏.‏ هَكَذَا قَالَ ‏.‏

"Sesiapa yang mendengar tentang Dajjal, maka hendaklah dia menjauh daripadanya. Demi Allah! Sesungguhnya seseorang itu akan mendatanginya sedangkan dia menyangka dirinya seorang yang beriman, lalu dia mengikutinya kerana terpengaruh dengan syubhat yang dibangkitkan oleh Dajjal atau kerana apa yang dibangkitkan olehnya daripada syubhat."

Grade:     Sahih (Al-Albani)
Reference     : Sunan Abi Dawud 4319
In-book reference     : Book 39, Hadith 29
English translation     : Book 38, Hadith 4305

Rasullah S.A.W telah berpesan kepada kita semua khususnya generasi akhir zaman kerana dibimbangi kita akan terpengaruh sekalipun kita beriman. Isunya sekarang adalah, bagaimana kita mahu melarikan diri jika kita tidak kena Dajjal. Jika kita tidak kenal kita tak mampu lari. Kebarangkalian untuk kita berada bersama Dajjal atau para pengikut Dajjal adalah tinggi kerana para pengikut Dajjal juga belum tentu mengenali Dajjal walapun semuanya beriman dengan bersungguh-sungguh.

Oleh yang demikian, kami telah dedahkan wasiat palsu yang dibina Dajjal lalu dikaitkan dengan Nabi Muhammad S.A.W kononnya sebagai wasiat melalui pautan berikut:

🔗 Wasiat Palsu Nabi Muhammad: Hadis 12 Imam Senjata Dajjal Sedang Digunakan

Kami menjalankan jihad siber untuk membongkar satu per satu kebohongan Dajjal yang telah berakar ribuan tahun. Kami percaya bahawa jika tidak dibongkar sekarang, kemungkinan besar ramai dalam kalangan kita dan generasi muda akan membaca penulisan-penulisan serta karya-karya penuh dusta itu. Generasi ini perlu disedarkan bahawa mereka sedang direkrut untuk menjadi tentera Dajjal yang bertopengkan Imam Mahdi dan mereka semua merasa mereka beriman kepada Allah S.W.T.

Hadis palsu bernombor 19, yang kononnya merupakan wasiat Nabi, mengandungi 24 perenggan. Setakat ini, kami telah mengupas empat perenggan melalui empat artikel berbeza. Jika anda belum membaca artikel-artikel terdahulu, jangan teruskan membaca bahagian ini, sebaliknya mulakan dari awal.

Anda boleh merujuk artikel-artikel terdahulu melalui pautan berikut:

🧩 Pembedahan Hadis 19 Perenggan 258-1 dari Bihar Al Anwar Jilid 36 Bab 40

🧩 Pembedahan Hadis 19 Perenggan 258-2 dari Bihar Al Anwar Jilid 36 Bab 40

🧩 Pembedahan Hadis 19 Perenggan 258-3 dari Bihar Al Anwar Jilid 36 Bab 40

🧩 Pembedahan Hadis 19 Perenggan 259-1 dari Bihar Al Anwar Jilid 36 Bab 40

Sekarang, kita ingin menyambung perbahasan kepada perenggan 259-2. Perenggan 259-2 dan perenggan seterusnya akan memperlihatkan rancangan Dajjal menggunakan Perenggan 258-1 hingga 259-1 untuk mengangkat keluarga Abdul Muttalib sebagai sebuah dinasti, pada masa yang sama merendahkan keturunan Quraisy yang lain.

Jikalau anda ingin tahu mengapa wujud perang saudara dan konflik di era khalifah selepas nabi dan obsesi melampau syiah terhadap kelaurga nabi, semuanya adalah olahan Dajjal untuk membina sistem dinasti. Sistem dinasti ini mesti ditegakkan oleh Dajjal kerana Dajjal bukan Ahlul Bait Nabi.

Justeru, dia perlu mengangkat sistem dinasti supaya konsep 12 Imam dan 12 Mahdi dapat diperkenalkan. Setelah konsep 12 Mahdi berjaya ditegakkan, barulah doktrin Imam Ghaib dapat diperkenalkan dan diterima oleh orang ramai. Dajjal akan muncul kononnya membawa wasiat ini dan juga wasiat daripada Imam Ghaib dan perkara ini sedang berlaku ketika artikel ini dituliskan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memahami semua tipu muslihat Dajjal dalam kerangka wasiat palsu ini.


📄 Muka Surat 259 Perenggan 2

Berikut adalah petikan hadis palsu Perenggan 2, muka surat 259, Hadis 19, Bihār al-Anwār Jilid 36 Bab 40 yang akan kita bincangkan dalam artikel ini.

Teks Arab:
ثُمَّ جَعَلَ مِنْ تِلْكَ الْقَبَائِلِ قَبِيلَةً مُكَرَّمَةً سَمَّاهَا قُرَيْشًا، وَهِيَ أَهْلُ الْأَمَانَةِ. ثُمَّ جَعَلَ مِنْ تِلْكَ الْقَبِيلَةِ بَيْتًا خَصَّهُ اللَّهُ بِالنَّبَإِ وَرِفْعَتِهِ، وَهُمْ وُلْدُ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ، حَفَظَةُ هَذَا الْبَيْتِ، وَعُمَّارُهُ، وَوُلَاتُهُ، وَسُكَّانُهُ.

Terjemahan Melayu:
Kemudian Dia menjadikan daripada kalangan kabilah itu satu kabilah yang dimuliakan yang dinamakan Quraisy, dan mereka adalah ahli amanah. Lalu daripada kabilah itu dijadikan satu keluarga yang telah Allah khususkan dengan kenabian dan kemuliaan-Nya, dan mereka adalah keturunan Abdul Muttalib, penjaga Kaabah ini, pengurusnya, pelindungnya, dan penduduknya.


Anda baca balik perenggan di atas berkali-kali dan berselawatlah kepada baginda nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. Insyaallah anda akan mengetahui dan menyedari bahawa ia adalah dusta dan bukan sesekali sabda Nabi Muhammad S.A.W. Rasulullah S.A.W sangat adil dan mencintai seluruh umatnya serta tidak pernah berbelah kasih. 

Baginda Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ مَرْوَانَ الرَّقِّيُّ، حَدَّثَنَا الْمُعَافَى، ح وَحَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ سَعِيدٍ الْهَمْدَانِيُّ، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ، - وَهَذَا حَدِيثُهُ - عَنْ هِشَامِ بْنِ سَعْدٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ قَدْ أَذْهَبَ عَنْكُمْ عُبِّيَّةَ الْجَاهِلِيَّةِ وَفَخْرَهَا بِالآبَاءِ مُؤْمِنٌ تَقِيٌّ وَفَاجِرٌ شَقِيٌّ أَنْتُمْ بَنُو آدَمَ وَآدَمُ مِنْ تُرَابٍ لَيَدَعَنَّ رِجَالٌ فَخْرَهُمْ بِأَقْوَامٍ إِنَّمَا هُمْ فَحْمٌ مِنْ فَحْمِ جَهَنَّمَ أَوْ لَيَكُونُنَّ أَهْوَنَ عَلَى اللَّهِ مِنَ الْجِعْلاَنِ الَّتِي تَدْفَعُ بِأَنْفِهَا النَّتْنَ ‏"‏ ‏.‏

“Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah menghapuskan daripada kamu sifat kebanggaan Jahiliah dan segala kesombongan terhadap nenek moyang. (Kini yang ada hanyalah) seorang Mukmin yang bertaqwa atau seorang pendosa yang celaka. Kamu semua adalah anak-anak Adam, dan Adam itu berasal dari tanah. Maka hendaklah beberapa orang lelaki meninggalkan kebanggaan mereka terhadap kaum-kaum tertentu – sesungguhnya mereka hanyalah seperti arang dari arang neraka Jahannam – atau mereka akan menjadi lebih hina di sisi Allah daripada kumbang najis yang menolak kotoran dengan hidungnya.”

Grade:     Hasan (Al-Albani) 
Reference     : Sunan Abi Dawud 5116
In-book reference     : Book 43, Hadith 344
English translation     : Book 42, Hadith 5097

 

 

 

Please note that this article was originally written in Malay and has been translated into English by AI. If you have any doubts or require clarification, please refer to the original Malay version. Feel free to contact us for any corrections or further assistance.
Presented by BAZ (B.A.Z Administrator)
Share this:
Leave a comment
Your email address will not be published. Required fields are marked with *.
Example: https://mywebsite.com

Comment (1):

Most Popular

By clicking "Accept All Cookies", you agree to the storing of cookies on your device to enhance site navigation, analyze site usage, and assist in our marketing efforts.