Dajjal & AROPL

PEMBEDAHAN HADIS 19 PERENGGAN 259-2 DARI BIHAR AL ANWAR JILID 36 BAB 40

Mei 26, 2025 617 1
Ongoing
Anggaran masa membaca
13 minit 28 saat

Hadis Palsu Yang Menjadi Wasiat Kemunculan Dajjal Dalam Watak Mahdi

Pembedahan Hadis 19 Perenggan 259-2 Dari Bihar Al Anwar Jilid 36 Bab 40


Pengenalan

Hadis 19 daripada Bihār al-Anwār Jilid 36 Bab 40 merupakan sebuah kerangka utama dalam membina naratif kemunculan Dajjal sebagai Imam Mahdi. Hadis palsu ini mengandungi struktur terancang yang didakwa sebagai wasiat dari Nabi Muhammad S.A.W, padahal ia adalah manipulasi al-Quran dan hadis bagi tujuan untuk mengelirukan umat Islam.

Kita mesti memahami hadis palsu ini kerana ia kerangka pemalsuan dan fitnah akhir zaman oleh Dajjal. Kita mahu ia terbongkar supaya kita boleh tahu dan melarikan diri darinya, bukan untuk berlawan dengan mereka.

Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada kita semua agar tidak mendepani Dajjal kerana kita pasti akan tewas. Sebaliknya, kita diperintahkan untuk melarikan diri demi keselamatan diri dan keluarga sebagaimana hadis nabi Muhammad S.A.W seperti berikut:

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، حَدَّثَنَا حُمَيْدُ بْنُ هِلاَلٍ، عَنْ أَبِي الدَّهْمَاءِ، قَالَ سَمِعْتُ عِمْرَانَ بْنَ حُصَيْنٍ، يُحَدِّثُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ مَنْ سَمِعَ بِالدَّجَّالِ فَلْيَنْأَ عَنْهُ فَوَاللَّهِ إِنَّ الرَّجُلَ لَيَأْتِيهِ وَهْوَ يَحْسِبُ أَنَّهُ مُؤْمِنٌ فَيَتَّبِعُهُ مِمَّا يُبْعَثُ بِهِ مِنَ الشُّبُهَاتِ أَوْ لِمَا يُبْعَثُ بِهِ مِنَ الشُّبُهَاتِ ‏"‏ ‏.‏ هَكَذَا قَالَ ‏.‏

"Sesiapa yang mendengar tentang Dajjal, maka hendaklah dia menjauh daripadanya. Demi Allah! Sesungguhnya seseorang itu akan mendatanginya sedangkan dia menyangka dirinya seorang yang beriman, lalu dia mengikutinya kerana terpengaruh dengan syubhat yang dibangkitkan oleh Dajjal atau kerana apa yang dibangkitkan olehnya daripada syubhat."

Grade:     Sahih (Al-Albani)
Reference     : Sunan Abi Dawud 4319
In-book reference     : Book 39, Hadith 29
English translation     : Book 38, Hadith 4305

Rasullah S.A.W telah berpesan kepada kita semua khususnya generasi akhir zaman kerana dibimbangi kita akan terpengaruh sekalipun kita beriman. Isunya sekarang adalah, bagaimana kita mahu melarikan diri jika kita tidak kenal Dajjal. Jika kita tidak kenal kita tak mampu lari. Kebarangkalian untuk kita berada bersama Dajjal atau para pengikut Dajjal adalah tinggi kerana para pengikut Dajjal juga belum tentu mengenali Dajjal walapun semuanya beriman dengan bersungguh-sungguh.

Oleh yang demikian, kami telah dedahkan wasiat palsu yang dibina Dajjal lalu dikaitkan dengan Nabi Muhammad S.A.W kononnya sebagai wasiat melalui pautan berikut:

🔗 Wasiat Palsu Nabi Muhammad: Hadis 12 Imam Senjata Dajjal Sedang Digunakan

Kami menjalankan jihad siber untuk membongkar satu per satu kebohongan Dajjal yang telah berakar ribuan tahun. Kami percaya bahawa jika tidak dibongkar sekarang, kemungkinan besar ramai dalam kalangan kita dan generasi muda akan membaca penulisan-penulisan serta karya-karya penuh dusta itu. Generasi ini perlu disedarkan bahawa mereka sedang direkrut untuk menjadi tentera Dajjal yang bertopengkan Imam Mahdi dan mereka semua merasa mereka beriman kepada Allah S.W.T.

Hadis palsu bernombor 19, yang kononnya merupakan wasiat Nabi, mengandungi 24 perenggan. Setakat ini, kami telah mengupas empat perenggan melalui empat artikel berbeza. Jika anda belum membaca artikel-artikel terdahulu, jangan teruskan membaca bahagian ini, sebaliknya mulakan dari awal.

Anda boleh merujuk artikel-artikel terdahulu melalui pautan berikut:

🧩 Pembedahan Hadis 19 Perenggan 258-1 dari Bihar Al Anwar Jilid 36 Bab 40

🧩 Pembedahan Hadis 19 Perenggan 258-2 dari Bihar Al Anwar Jilid 36 Bab 40

🧩 Pembedahan Hadis 19 Perenggan 258-3 dari Bihar Al Anwar Jilid 36 Bab 40

🧩 Pembedahan Hadis 19 Perenggan 259-1 dari Bihar Al Anwar Jilid 36 Bab 40

Sekarang, kita ingin menyambung perbahasan kepada perenggan 259-2. Perenggan 259-2 dan perenggan seterusnya akan memperlihatkan rancangan Dajjal menggunakan Perenggan 258-1 hingga 259-1 untuk mengangkat keluarga Abdul Muttalib sebagai sebuah dinasti, pada masa yang sama merendahkan keturunan Quraisy yang lain.

Jikalau anda ingin tahu mengapa wujud perang saudara dan konflik di era khalifah selepas nabi dan obsesi melampau syiah terhadap kelaurga nabi, semuanya adalah olahan Dajjal untuk membina sistem dinasti. Sistem dinasti ini mesti ditegakkan oleh Dajjal kerana Dajjal bukan Ahlul Bait Nabi.

Justeru, dia perlu mengangkat sistem dinasti supaya konsep 12 Imam dan 12 Mahdi dapat diperkenalkan. Setelah konsep 12 Mahdi berjaya ditegakkan, barulah doktrin Imam Ghaib dapat diperkenalkan dan diterima oleh orang ramai. Dajjal akan muncul kononnya membawa wasiat ini dan juga wasiat daripada Imam Ghaib dan perkara ini sedang berlaku ketika artikel ini dituliskan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memahami semua tipu muslihat Dajjal dalam kerangka wasiat palsu ini.


📄 Muka Surat 259 Perenggan 2

Berikut adalah petikan hadis palsu Perenggan 2, muka surat 259, Hadis 19, Bihār al-Anwār Jilid 36 Bab 40 yang akan kita bincangkan dalam artikel ini.

Teks Arab:
ثُمَّ جَعَلَ مِنْ تِلْكَ الْقَبَائِلِ قَبِيلَةً مُكَرَّمَةً سَمَّاهَا قُرَيْشًا، وَهِيَ أَهْلُ الْأَمَانَةِ. ثُمَّ جَعَلَ مِنْ تِلْكَ الْقَبِيلَةِ بَيْتًا خَصَّهُ اللَّهُ بِالنَّبَإِ وَرِفْعَتِهِ، وَهُمْ وُلْدُ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ، حَفَظَةُ هَذَا الْبَيْتِ، وَعُمَّارُهُ، وَوُلَاتُهُ، وَسُكَّانُهُ.

Terjemahan Melayu:
Kemudian Dia menjadikan daripada kalangan kabilah itu satu kabilah yang dimuliakan yang dinamakan Quraisy, dan mereka adalah ahli amanah. Lalu daripada kabilah itu dijadikan satu keluarga yang telah Allah khususkan dengan kenabian dan kemuliaan-Nya, dan mereka adalah keturunan Abdul Muttalib, penjaga Kaabah ini, pengurusnya, pelindungnya, dan penduduknya.


Saya mahu anda baca balik perenggan di atas berkali-kali. Sampaikanlah selawat kepada baginda nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. Kemudian bermunajatlah kepada Allah S.W.T. Insyaallah anda akan mengetahui dan menyedari bahawa ia adalah dusta dan bukan sesekali sabda Nabi Muhammad S.A.W.

Kita akan membongkar pemalsuan perenggan ini frasa demi frasa.


Cubaan Mengangkat Semula Semangat Asabbiyah Pada Zaman Jahiliyah

Mula-mula sekali kita akan melihat bagaimana hadis palsu ini cuba mengangkat semula perkara yang sudah dihapuskan nabi. Rasulullah S.A.W sangat adil dan mencintai seluruh umatnya serta tidak pernah berbelah kasih. Tidak pernah melebihkan sesuatu puak dan merendahkan puak yang lain.

Baginda Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ مَرْوَانَ الرَّقِّيُّ، حَدَّثَنَا الْمُعَافَى، ح وَحَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ سَعِيدٍ الْهَمْدَانِيُّ، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ، - وَهَذَا حَدِيثُهُ - عَنْ هِشَامِ بْنِ سَعْدٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ قَدْ أَذْهَبَ عَنْكُمْ عُبِّيَّةَ الْجَاهِلِيَّةِ وَفَخْرَهَا بِالآبَاءِ مُؤْمِنٌ تَقِيٌّ وَفَاجِرٌ شَقِيٌّ أَنْتُمْ بَنُو آدَمَ وَآدَمُ مِنْ تُرَابٍ لَيَدَعَنَّ رِجَالٌ فَخْرَهُمْ بِأَقْوَامٍ إِنَّمَا هُمْ فَحْمٌ مِنْ فَحْمِ جَهَنَّمَ أَوْ لَيَكُونُنَّ أَهْوَنَ عَلَى اللَّهِ مِنَ الْجِعْلاَنِ الَّتِي تَدْفَعُ بِأَنْفِهَا النَّتْنَ ‏"‏ ‏.‏

“Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah menghapuskan daripada kamu sifat kebanggaan Jahiliah dan segala kesombongan terhadap nenek moyang. (Kini yang ada hanyalah) seorang Mukmin yang bertaqwa atau seorang pendosa yang celaka. Kamu semua adalah anak-anak Adam, dan Adam itu berasal dari tanah. Maka hendaklah beberapa orang lelaki meninggalkan kebanggaan mereka terhadap kaum-kaum tertentu. Sesungguhnya mereka hanyalah seperti arang dari arang neraka Jahannam atau mereka akan menjadi lebih hina di sisi Allah daripada kumbang najis yang menolak kotoran dengan hidungnya.”

Grade:     Hasan (Al-Albani) 
Reference     : Sunan Abi Dawud 5116
In-book reference     : Book 43, Hadith 344
English translation     : Book 42, Hadith 5097


Daripada hadis Sunan Abi Dawud nombor 5116 di atas, kita dapat memahami dengan mudah bahawa Nabi Muhammad S.A.W menyatakan bahawa Allah S.W.T tidak lagi membenarkan umat manusia membanggakan dan mengangkat keturunan seperti orang jahiliyah terdahulu. Kemuliaan seseorang bukan diukur berdasarkan asal usul dan keturunan. Taraf kemuliaan sesorang manusia adalah diukur secara individu bukannya kolektif yang didasarkan dari keturunanan ia berasal. Seorang manusia di sisi Allah dibezakan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah bukannya keturunan mereka. 

Walau bagaimanapun daripada hadis palsu Perenggan 259-2 di atas jelas mengangkat keturunan Arab Quraisy melebihi bangsa lain. Kabilah Arab Quraisy ini diangkat tinggi dengan status "Ahli Amanah" melalui frasa:

سَمَّاهَا قُرَيْشًا، وَهِيَ أَهْلُ الْأَمَانَةِ

Dia (Allah) menamakannya Quraisy, dan ia (Quraisy) adalah ahli amanah.

Istilah "Ahli Amanah" ini adalah rekaan semata-mata untuk cuba menunjukkan kabilah Arab Quraisy itu elit atau bangsawan. 

Saya cuba membuat semakan mendalam terhadap keseluruhan mushaf al-Quran dan kutub as-sittah hadis sahih untuk cuba mencari istilah  أَهْلُ الْأَمَانَةِ namun tidak menjumpai walau sekalipun istilah ini. Maka, setakat ini saya dapat memastikan bahawa:

  • Tiada satu pun ayat atau riwayat sahih yang mengiktiraf Quraisy secara khas sebagai “أَهْلُ الْأَمَانَةِ”.

  • Bahkan, frasa ini tidak wujud sebagai istilah maqam atau martabat dalam Islam.

Sebaliknya, konsep "amanah" dalam Islam adalah merujuk kepada sifat individu yang berkaitan dengan kejujuran, tanggungjawab, integriti dan akhlak. Contohnya dalam sebuah hadis sahih Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

حَدَّثَنَا أَبُو كَامِلٍ، أَنَّ يَزِيدَ بْنَ زُرَيْعٍ، حَدَّثَهُمْ حَدَّثَنَا حُمَيْدٌ، - يَعْنِي الطَّوِيلَ - عَنْ يُوسُفَ بْنِ مَاهَكَ الْمَكِّيِّ، قَالَ كُنْتُ أَكْتُبُ لِفُلاَنٍ نَفَقَةَ أَيْتَامٍ كَانَ وَلِيَّهُمْ فَغَالَطُوهُ بِأَلْفِ دِرْهَمٍ فَأَدَّاهَا إِلَيْهِمْ فَأَدْرَكْتُ لَهُمْ مِنْ مَالِهِمْ مِثْلَيْهَا ‏.‏ قَالَ قُلْتُ أَقْبِضُ الأَلْفَ الَّذِي ذَهَبُوا بِهِ مِنْكَ قَالَ لاَ حَدَّثَنِي أَبِي أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏ "‏ أَدِّ الأَمَانَةَ إِلَى مَنِ ائْتَمَنَكَ وَلاَ تَخُنْ مَنْ خَانَكَ ‏"‏ ‏.‏

Diriwayatkan daripada Yusuf bin Māhak al-Makkī:

Dahulu aku menulis (catatan perbelanjaan) untuk seseorang yang menjadi penjaga kepada beberapa anak yatim. Lalu anak-anak yatim itu telah menipunya sebanyak seribu dirham, dan dia tetap membayar jumlah itu kepada mereka.

Selepas itu, aku berjaya mendapatkan kembali untuk mereka harta mereka sebanyak dua kali ganda nilai tersebut.

Maka aku berkata kepadanya: “Ambillah semula seribu dirham yang mereka ambil daripada kamu secara tipu daya.”

Dia menjawab: “Tidak. Ayahku telah menceritakan kepadaku bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:

"Tunaikan amanah kepada orang yang memberi kepercayaan kepadamu dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianatimu".

 

Grade: Sahih (Al-Albani) 

Reference : Sunan Abi Dawud 3534

In-book reference : Book 24, Hadith 119

English translation : Book 23, Hadith 3527

 

Hadis ini menekankan bahawa amanah adalah tanggungjawab peribadi yang tidak berkaitan dengan keturunan atau suku bangsa.

Hadis ini juga menjadi bukti paling jelas bahawa "amanah" bukan gelaran tetap kepada mana-mana kaum, sebaliknya merupakan sikap akhlak individu dan tidak boleh diwarisi secara nasab keturunan atau disandarkan kepada nama suku seperti Quraisy. Penggunaan istilah "أَهْلُ الْأَمَانَةِ" dalam konteks memberikan status istimewa kepada Quraisy tidak mempunyai sandaran dalam sumber utama Islam dan boleh dianggap sebagai penyimpangan dari ajaran Islam yang menekankan keadilan dan kesamarataan antara semua umat manusia.

Maka, dari sini secara mudahnya kita dapat kenal bahawa ayat 259-2 bukanlah ucapan baginda nabi Muhammad S.A.W kerana ia bertentangan dengan ucapan baginda yang lain serta tidak mempunyai asas langsung di dalam Al-Quran.


Pemujaan Keturunan Abdul Muttalib

Saudara dan saudari yang saya kasihi. Hadis palsu memang senang dikenalpasti hanya dengan kita mencintai Nabi kita lalu mengamalkan apa yang baginda suruh. Apabila kita faham akhlak Nabi kita, Insyaallah kita boleh mengenal pembohongan yang dibuat atas nama baginda.

Seterusnya kita akan lihat bagaimana dalam frasa selepas itu, hadis palsu ini konsisten mengangkat pula keturunan Abdul Muttalib daripada Kaum Quraisy yang telah kita bincangkan di atas.

ثُمَّ جَعَلَ مِنْ تِلْكَ الْقَبِيلَةِ بَيْتًا خَصَّهُ اللَّهُ بِالنَّبَإِ وَرِفْعَتِهِ، وَهُمْ وُلْدُ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ، حَفَظَةُ هَذَا الْبَيْتِ، وَعُمَّارُهُ، وَوُلَاتُهُ، وَسُكَّانُهُ

“Kemudian Dia (Allah) jadikan daripada kabilah itu sebuah rumah (Kaabah) yang Allah khususkan dengan kenabian dan kemuliaan-Nya; mereka adalah keturunan Abdul Muttalib penjaga rumah (Kaabah) ini, pemakmurnya, penguasanya dan penghuninya.”

Frasa ini merupakan inti utama doktrin pewarisan agama melalui darah, bukan melalui kebenaran atau perintah Allah. Di sinilah bermulanya pemalsuan dan fitnah untuk membina sistem dinasti keagamaan. Keturunan Abdul Muttalib dijadikan sebagai tunggak tunggal penguasa agama dengan menafikan seluruh keturunan yang lain.

Sila lihat semula frasa palsu ini:

"بَيْتًا خَصَّهُ اللَّهُ بِالنَّبَإِ وَرِفْعَتِهِ"

“...sebuah rumah (keluarga) yang Allah khususkan dengan kenabian dan kemuliaan-Nya...”

Apa maksudnya di sini?

Ia bukan hanya mengatakan bahawa kenabian datang dari keluarga itu sebaliknya keluarga itu sendiri adalah struktur tetap yang dikhaskan Allah untuk menanggung kenabian dan kehormatan.

Ini bertentangan dengan asas kerasulan dalam al-Quran dan kita boleh fahami dengan sekali imbas apabila membacanya. Dalam Al-Quran Surah al-An'am 6:124 Allah S.W.T berfirman dengan menyatakan dengan:

وَإِذَا جَآءَتْهُمْ ءَايَةٌۭ قَالُوا۟ لَن نُّؤْمِنَ حَتَّىٰ نُؤْتَىٰ مِثْلَ مَآ أُوتِىَ رُسُلُ ٱللَّهِ ۘ ٱللَّهُ أَعْلَمُ حَيْثُ يَجْعَلُ رِسَالَتَهُۥ ۗ سَيُصِيبُ ٱلَّذِينَ أَجْرَمُوا۟ صَغَارٌ عِندَ ٱللَّهِ وَعَذَابٌۭ شَدِيدٌۢ بِمَا كَانُوا۟ يَمْكُرُونَ

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu keterangan, mereka berkata: "Kami tidak akan beriman sehingga kami juga diberi (wahyu) sama seperti yang telah diberikan kepada pesuruh-pesuruh Allah". Allah lebih mengetahui di mana (dan kepada siapakah yang sepatutnya) Ia berikan jawatan Rasul (dan wahyu) yang diberikanNya itu. Orang-orang yang melakukan perbuatan yang salah itu akan ditimpa kehinaan di sisi Allah, dan azab seksa yang amat berat, disebabkan perbuatan tipu daya yang mereka lakukan.

Surah al-An'am 6:124

Kita sendiri boleh pastikan dengan jelas bahawa ayat Surah al-An'am 6:124 ini menegaskan bahawa kerasulan bukan milik warisan, tetapi pilihan bebas Allah berdasarkan kehendak-Nya bukan garis keturunan atau pengaruh keluarga. 

Jikalau anda mahu mencari bukti tambahan bahawa keturunan itu tidak ada apa-apa pun, melainkan akhlak individu itu sendiri, maka saya mohon anda telitikan secara peribadi melalui sejarah. Perhatikan kisah Abu Lahab atau nama penuhnya Abdul ‘Uzza bin Abdul Muttalib iaitu anak kandung Abdul Muttalib, bapa saudara nabi Muhammad yang juga menjadi musuh Nabi. Ada dari keturunan ini tidak dimuliakan pun sebaliknya dikeji Allah bersama isterinya dalam surah Al Masad (111:1-5). Dialah bukti terbesar bahawa keturunan Abdul Muttalib bukan jaminan hidayah atau jaminan maqam-maqam yang dimuliakan.


Objektif Untuk Menubuhkan Dinasti Agama

Setiap frasa palsu dalam perenggan ini semuanya mempunyai objektif yang tersendiri. Mari kita akan lihat kepada pecahan frasa palsu seterusnya seperti berikut:

"وَهُمْ وُلْدُ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ"

“Dan mereka adalah keturunan Abdul Muttalib.”

Ayat ini tidak menyebut “keluarga Nabi” secara umum, tetapi secara spesifik menunjuk kepada jalur Abdul Muttalib. Frasa ini sangat amat berbahaya. Mengapa saya katakan ia amat bahaya? Kerana di sinilah Dajjal menanamkan akar sistem 12 Imam dan 12 Mahdi. Hanya keturunan khusus dari Abdul Muttalib ini yang akan:

  • Diangkat sebagai pemegang amanah agama,

  • Menjadi pemimpin umat akhir zaman,

  • Dan berhak menentukan jalan “wasiat” kononnya dari Rasulullah.

Apabila anda membaca kupasan perenggan 259-3 kelak, anda akan lebih jelas akan situasi ini. Mereka mengangkat kenabian Nabi Muhammad dengan asas Keturunan Abdul Muttalib. Anda bayangkan bahawa mereka membuat hadis palsu, mendakwa ia wasiat Nabi Muhammad S.A.W dan dalam wasiat itu memanipulasi fakta berkenaan Nabi Muhammad S.A.W. 


Mengawal Kaabah

Bagi mengukuhkan lagi dakwaan bahawa keturunan Abdul Muttalib sangat mulia, mereka cuba memasukkan satu lagi fakta yang bercanggah dengan perintah baginda Nabi. Perhatikan pula frasa palsu berikut yang merpukana penutup perenggan 259-1 ini:

حَفَظَةُ هَذَا الْبَيْتِ، وَعُمَّارُهُ، وَوُلَاتُهُ، وَسُكَّانُهُ.

(Keturunan Abdul Muttalib) Penjaga Kaabah ini, pengurusnya, pelindungnya, dan penduduknya.

Dalam frasa ini ada 4 gelaran diberikan kepada keturunan Abdul Muttalib iaitu:

  • Penjaga (حَفَظَةُ) – konon merekalah pengawal fizikal dan spiritual Kaabah.

  • Pemakmur (عُمَّارُهُ) – merekalah pengisi ibadah dan kegiatan.

  • Penguasa (وُلَاتُهُ) – merekalah yang mentadbir dan menetap hukum.

  • Penghuni (سُكَّانُهُ) – seolah-olah Kaabah adalah milik mutlak mereka.

Kita sudah tahu bahawa hadis ini palsu dan perenggan ini palsu. 4 gelaran di atas tersebut bukan puji-pujian, tetapi tuntutan hak milik eksklusif terhadap tempat paling suci umat Islam. Sekiranya saya kupas semua 4 gelaran di atas, Insyaallah semuanya akan bertentangan dengan Al Quran dan hadis. Justeru, saya cuma ingin mengupas satu sahaja gelaran iaitu Penjaga (حَفَظَةُ) atau Penjaga Kunci Kaabah kerana saya percaya bahawa ramai yang tahu kisah penjaga kaabah ini.

Persoalannya, adakah benar Nabi S.A.W mengiktiraf mereka sebagai penjaga tetap Kaabah? Jawapannya: Tidak. Penjaga Kaabah yang sah di sisi Nabi Muhammad S.A.W adalah Bani Syaibah, bukan seluruh keturunan Abdul Muttalib.

Selepas Fath Makkah (Pembukaan Kota Mekah), Nabi Muhammad S.A.W memulangkan kunci Kaabah kepada Uthman bin Talhah dari Bani Syaibah dan bersabda:

"خُذُوهَا يَا بَنِي أَبِي طَلْحَةَ خَالِدَةً تَالِدَةً، لَا يَنْزِعُهَا مِنْكُمْ إِلَّا ظَالِمٌ"

"Ambillah kunci ini wahai Bani Abi Talhah (iaitu Bani Syaibah). Ia kekal bersama kamu, turun-temurun. Tidak akan merampasnya daripada kamu kecuali orang yang zalim."
(Riwayat al-Bayhaqi dan Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat, sahih sanadnya)

Hadis ini adalah pengiktirafan rasmi Rasulullah bahawa tugas penjaga Kaabah adalah milik Bani Syaibah, bukan mana-mana keluarga lain. Perlu kita fahami bahawa Bani Syaibah bukan keturunan Abdul Muttalib. Mereka adalah keturunan Qusayy dari cabang lain dan tugas mereka bukan berdasarkan nasab mulia sebaliknya kerana amanah dan warisan penjagaan sejak sebelum Islam yang disahkan Nabi S.A.W. 

Tugas mereka diturunkan sejak zaman Jahiliyyah lagi sebagai pemegang kunci dan penjaga pintu Kaabah. Nabi tidak menghapuskan peranan mereka, bahkan mensyariatkan ia kekal selama-lamanya.

Jadi, frasa “Penjaga Kaabah” dalam hadis ini adalah palsu kerana ia menafikan wasiat Nabi kepada Bani Syaibah. Ia juga memberikan 4 kuasa besar terhadap Kaabah kepada satu keturunan sahaja iaitu keturunan Abdul Muttalib.

Ia adalah langkah taktikal Dajjal untuk menyingkirkan mana-mana institusi amanah yang diiktiraf Nabi dan menggantikannya dengan dinasti pilihan mereka sendiri. Bagi membuktikan perkara ini dalam situasi semasa zaman ini, anda boleh merujuk betapa bencinya Dajjal kepada Bani Syaibah hingga menganggap mereka pencuri kaabah dan akan dipotong lengan. Boleh rujuk sendiri buku yang ditulis oleh Dajjal Abdullah Hashem iaitu The Goal of The Wise ms 113-114.


Kesimpulan

Saudara dan saudari yang saya kasihi. Perenggan 259-2 dari Hadis 19 bukan sekadar coretan sejarah rekaan, tetapi ia adalah manifesto halus bagi membina satu agama baharu berasaskan keturunan, bukan berpaksikan kebenaran. Di tangan Dajjal dan pengikutnya, nama Rasulullah S.A.W dijadikan perisai untuk menyebarkan satu sistem kasta agama yang tidak pernah diizinkan Allah. Mereka menanamkan dalam benak manusia semua bahawa hakikat Islam terletak dalam salasilah, bukan dalam ketaatan individu kepada Allah S.W.T.

Dengan meletakkan keturunan Abdul Muttalib sebagai penjaga Kaabah, pewaris kenabian dan pemilik amanah agama, mereka bukan sekadar menyeleweng sejarah tetapi merompak seluruh umat manusia daripada akses kepada kebenaran, lalu menggantinya dengan doktrin ketaatan membuta tuli terhadap "Ahlul Dinasti" yang kononnya ditentukan wahyu.

Ini bukan soal mempersenda sejarah, ini soal mencipta garis darah untuk menolak siapa sahaja yang tidak berasal dari garis itu. Inilah sihir sosial Dajjal yang paling keji iaitu mematikan kebangkitan manusia biasa demi mengangkat segelintir elit palsu. Dan Dajjal rupa terakhir hanya akan muncul bila sistem palsu ini telah siap.


Sertai Jihad Siber Lawan Dajjal – Bukan Dengan Pedang, Tetapi Dengan Kebenaran

Jika anda yakin fitnah Dajjal sedang berlaku, maka jangan hanya melihat. Kami sedang menulis, membongkar dan menyebarkan kebenaran setiap hari.

📚 Penulisan. 🎥 Videobook. 🌐 Platform digital. Semua ini bukan untuk populariti tetapi untuk menyelamatkan semua.

Namun perjuangan ini tidak boleh dipikul sendiri. Kami perlukan anda sebagai penaja jihad ilmu akhir zaman.

🎯 Setiap sumbangan anda akan terus disalurkan kepada:

  • Kajian, penulisan dan penerbitan.

  • Pembuatan video dan eBook pendedahan.

  • Penyelenggaraan laman dan kandungan strategik.

⚠️ Jika kita tidak tulis hari ini, generasi esok akan belajar dari propaganda musuh.

💠 Jadikan tajaan anda sebagai pelindung umat dan saham akhirat anda.

👉 Klik di sini untuk bersama kami:

https://forms.gle/YqrUF2yExyX6mujV6

 

 

 

Disampaikan oleh BAZ (B.A.Z Administrator)
Kongsikan:
Tinggalkan komen
Email anda tidak akan dipaparkan. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Contoh: https://mywebsite.com

Komen (1):

Paling Popular

Dengan mengklik "Terima Semua Kuki", anda bersetuju untuk menyimpan kuki pada peranti anda bertujuan untuk mempertingkatkan navigasi laman sesawang, menganalisis penggunaan laman sesawang dan membantu dalam sebarang usaha pemasaran.