Manuskrip Kisah Sihir — Ujian Seorang Khalifah di Medan Zahir dan Ghaib

AUTHOR’S INTRODUCTION

April 14, 2025 176 0
Ongoing
Estimate reading time
3 minutes 7 seconds

Pengenalan

Siapa saya? Bukan sesiapa. Tapi kisah ini… mungkin menyentuh hidup anda.

Saya bukan siapa-siapa. Saya tidak perlu dikenali.

Nama saya bukan perkara penting dalam kisah ini. Apa yang lebih penting adalah kebenaran yang sedang anda baca ini adalah satu kisah yang berlaku dalam diam, di sebalik hijab antara dunia nyata dan alam ghaib. Kisah yang akhirnya saya sendiri terpaksa tempuhi sebagai satu bentuk tarbiyah daripada Rabb.

Saya bukan seorang alim. Saya bukan perawat. Bukan ahli sufi. Bukan ustaz. Dan bukan guru agama.

Saya hanyalah seorang manusia biasa sahaja.

Seorang yang telah lama diuji.

Ujian yang tidak pernah saya pinta tetapi saya reda menerimanya, kerana saya sedar… segalanya datang daripada Rabb.


Bila Hidup Biasa Bertukar Luar Biasa

Sejak kecil, saya mula menyedari beberapa perkara luar biasa. Tapi saya anggap ia kebetulan. Saya tidak pernah rasa saya istimewa, tidak pernah nak berbangga dan tidak pernah kisah pun.

Namun semakin saya dewasa, semakin jelas bahawa apa yang berlaku bukan lagi kebetulan. Ia adalah latihan, didikan dan penempaan.

Ada sesuatu yang Allah mahu sampaikan kepada saya.

Dan kini, saya mahu sampaikan pula kepada anda.


Sihir Bukan Sekadar Cerita, Ia Realiti

Saya diuji dengan sihir sejak usia muda.

Bukan sekali. Bukan dua kali.

Tapi berulang kali dari sekadar gangguan ringan, sehingga ke tahap yang hampir meragut nyawa dan kewarasan.

Namun saya masih di sini.

Kerana Allah masih mahu saya menyampaikan sesuatu.

Kerana dalam setiap fasa ujian ini, Allah tanamkan hikmah.

Agar saya faham bahawa:

Peranan saya di dunia ini bukan sekadar untuk hidup dan mati. Tetapi untuk berdiri sebagai khalifah-Nya di medan zahir dan medan ghaib.


Ini Bukan Tentang Saya Seorang

Saya telah melalui pertempuran yang sukar difahami oleh orang lain. 

Lebih-lebih lagi orang yang tidak terkena sihir sama sekali tidak akan memahaminya.

Kadang-kadang saya sendiri pun tidak faham pada awalnya.

Tetapi bila Rabb membuka sedikit demi sedikit tabir-Nya, saya mula sedar:

Ini bukan sekadar tentang saya. Ini tentang umat manusia.

Saya tidak menulis untuk mendedahkan hal ghaib secara sembarangan.

Saya menulis kerana saya tahu ramai sedang diuji, tetapi tidak tahu apa yang sedang berlaku.

Ramai yang disihir. Difitnah. Diganggu.

Tetapi tidak tahu dari mana datangnya serangan itu… dan ke mana mahu mencari pertolongan.


Sebuah Warisan. Sebuah Saksi.

Saya kumpulkan pengalaman ini dalam satu manuskrip bukan sebagai hiburan.

Tetapi sebagai panduan, sebagai saksi dan sebagai warisan.

Jika kisah ini mampu menyelamatkan walau seorang manusia daripada kehancuran yang sama, saya bersyukur. Alhamdulillah.

Jika ia hanya menyentuh hati yang sedang lalai saya puas.

Saya hanya menyampaikan.

Dan saya bersaksi:

Segala yang berlaku ini… berlaku dengan izin Allah. Rabb saya dan anda.


 

Penulisan Manuskrip Kisah Sihir ini terlaksana hasil sokongan dan tajaan daripada para pembaca yang budiman. Segala sumbangan anda, kecil atau besar, adalah pelita yang menyalakan jalan kami untuk terus berkarya dan menyampaikan penulisan eksklusif ini kepada semua.

Sila rujuk penerangan berikut:

📌Klik Untuk Menyokong Penulisan Manuskrip Kisah Sihir

Jika anda belum lagi mendaftar sebagai ahli sila ke link di bawah ini:

📌Klik Untuk Mendaftar sebagai Ahli - PERCUMA! 

 

Tajaan boleh dilakukan melalui pautan setiap bahagian manuskrip.
Jika anda sudah berdaftar, pautan tersebut akan membawa anda terus ke halaman tajaan.
Jika belum, anda akan dibawa ke halaman pendaftaran dahulu (percuma).


1. Bahagian I: Ujian Peribadi dan Pintu Dunia Ghaib
📘 10 Episod 🔗 Tajaan Bahagian I

2. Bahagian II: Taktikal Pertahanan dan Serangan Balas
📘 20 Episod 🔗 Tajaan Bahagian II

3. Bahagian III: Struktur Dunia Ghaib dan Hierarki Jin
📘 20 Episod 🔗 Tajaan Bahagian III

4. Bahagian IV: Pemulihan, Penyucian dan Pesanan
📘 22 Episod 🔗 Tajaan Bahagian IV

5. Bahagian V: Refleksi Diri Seorang Khalifah
📘 8 Episod 🔗 Tajaan Bahagian V



Terima kasih atas sokongan anda.

Setiap tajaan anda kecil atau besar adalah pelita yang menyalakan jalan kami untuk terus berkarya dan menyampaikan penulisan ekslusif kepada semua.

Semoga Allah merahmati anda dunia dan akhirat.

Please note that this article was originally written in Malay and has been translated into English by AI. If you have any doubts or require clarification, please refer to the original Malay version. Feel free to contact us for any corrections or further assistance.
Presented by BAZ (B.A.Z Administrator)
Share this:
Leave a comment
Your email address will not be published. Required fields are marked with *.
Example: https://mywebsite.com

Comment (0):

Most Popular

By clicking "Accept All Cookies", you agree to the storing of cookies on your device to enhance site navigation, analyze site usage, and assist in our marketing efforts.