Manuskrip Kisah Sihir — Ujian Seorang Khalifah di Medan Zahir dan Ghaib

BAHAGIAN 2 BAB 11

April 14, 2025 150 0
Ongoing
Estimate reading time
5 minutes 12 seconds

Bahagian II: Perang Diam dan Pendedahan

Bab 11: Mimpi, Pemujaan dan Serangan Tanpa Henti

Kalau anda rasa sihir itu berlaku sekejap-sekejap, datang sekali-sekala kemudian menghilang, maka anda silap besar.

Sihir bukan serangan rawak. Ia adalah sebuah sistem. Ia disusun dengan hierarki, dipandu atas perjanjian dan diperkukuh dengan ritual yang berulang. Ia tidak berhenti, tidak pernah cuti dan tidak mengenal belas kasihan. Ia beroperasi seperti mesin, secara konsisten, teratur, terancang dan menyelinap halus ke dalam setiap celah kehidupan mangsanya.

Beruntung jika anda kena sihir yang jenis "one off" tetapi yang saya ceritakan ini adalah sihir terancang melibatkan kartel.

Dan ketika saya mula memasuki fasa ini, saya mula sedar satu hakikat yang menggetarkan jiwa saya bahawa saya sedang diperhatikan siang dan malam. Mata musuh ghaib tidak pernah terpejam. Saya diserang bukan sahaja melalui makanan yang diusik dalam majlis rasmi atau farewell, bukan sahaja melalui kata-kata yang dilontar, tetapi juga melalui pintu yang paling rapuh iaitu mimpi.


Mimpi itu bukan lagi bunga tidur.

Saya mula didatangi mimpi pelik yang berulang-ulang. Ada yang datang dalam bentuk orang tua yang tidak saya kenali. Ada yang menyamar sebagai ahli keluarga sendiri, memanggil dengan suara yang sangat akrab, tetapi kata-katanya mengarahkan saya meninggalkan solat, membenci orang tertentu atau berputus harapan dengan rahmat Allah. Ada yang berwajah seperti kawan, berbicara seperti sahabat, tetapi penuh dengan racun halus yang meruntuhkan iman.

Ada juga mimpi yang lebih menggerunkan. Saya melihat darah yang mengalir tanpa henti. Saya dikejar ular, dikejar lembu hitam, hantu berbulu, diikat oleh makhluk bertanduk, malah ada saatnya saya melihat sebuah kubur terbuka dan di dalamnya saya sendiri yang terbujur kaku.

Pada awalnya, saya cuba menafsirkan semua ini sebagai permainan minda. Saya berkata pada diri,

“Mungkin ini cuma tekanan fikiran. Mungkin ini sekadar keletihan.”

Tetapi semakin lama, semakin jelas bahawa ini bukan mimpi biasa.

Kerana setiap kali saya bangun, kesannya nyata. Tubuh terasa seolah-olah terbakar dari dalam. Tengkuk menjadi berat seperti dipikul batu besar. Fikiran kabur, tidak mampu fokus pada kerja dan tanggungjawab. Hati dipenuhi wasangka, mudah marah, mudah benci, mudah buruk sangka terhadap orang yang saya sayang. Saya tahu, ini bukan mainan tidur lagi. Ini adalah serangan.


Pemujaan di alam lain, kesan di alam ini

Saya mula mencari jawapan. Saya ikhtiar melalui rawatan, bacaan dan pemerhatian mendalam. Dari situ saya faham sesuatu bahawa ketika saya tidur, di suatu tempat lain seseorang sedang memuja saya. Itulah kerja penyihir yang diupah oleh orang yang berniat jahat pada kita.

Penyihir ini menggunakan pelbagai kaedah seperti patung, gambar, binatang, cebisan rambut atau pakaian saya. 

Mereka duduk dalam gelap membaca mantera, menyeru jin dan mengikat kesedaran saya di dalam mimpi.

Dalam erti kata lain, mimpi saya dijadikan pentas sihir.

Dunia bawah sedar saya dijadikan gelanggang untuk mengikat jiwa saya.

Jika saya tidak sedar, saya akan terkunci di sana, terikat tanpa mampu melepaskan diri.


Kesannya tidak main-main

Ada hari saya bangun dengan jari lebam tanpa sebab. Ada pagi mulut saya berbau hami darah, seolah-olah ada luka yang tidak terlihat. Ada malam saya bermimpi jatuh dari bangunan tinggi lalu tersentak seluruh tubuh sehingga dada terasa hampir pecah. Ada masa emosi saya kacau-bilau, tiba-tiba melenting kepada anak, isteri atau sesiapa sahaja tanpa sebab yang jelas.

Dan ini berlaku hampir setiap malam.

Yang lebih pelik, ada pola yang berulang. Setiap kali jam melewati 11 malam, serangan itu bermula. Mimpi buruk datang silih berganti, tubuh terasa lemah, minda terikat. Keadaan itu berlarutan sehingga sekitar jam 4 pagi. Waktu antara Maghrib dan Isyak biasanya tenang sedikit, tetapi selepas itu, gelombang sihir bermula.

Selepas beberapa lama, saya tahu inilah masa sihir aktif. Kerana di situlah masa pemujaan dijalankan. Antara 11 malam hingga 4 pagi, mereka mengikat, menyeru dan menghantar. Alam fizikal kita mungkin sunyi, tetapi di alam lain, ritual pemujaan sedang marak, bacaan mantera sedang bergema dan nama saya sedang dipuja dalam kegelapan.

Inilah realiti perang diam. Perang tanpa senjata yang kelihatan, tetapi serangannya meresap sampai ke tulang sakit sampai ke jiwa. Perang yang tidak menumpahkan darah di hadapan mata, tetapi meninggalkan kesan yang lebih parah pada jiwa.


Penutup Bab:

Bab ini adalah titik mula fasa baru.

Fasa di mana serangan tidak lagi bersifat fizikal, tetapi berterusan melalui mimpi dan perasaan anda.

Anda mungkin tidak nampak siapa penyihirnya… tapi bila anda mula rasa diri anda bukan anda lagi lagi, atau ada orang berkata bahawa anda berubah drastik, maka ketahui anda sedang dipuja.

Dalam bab seterusnya, Insyaallah saya akan dedahkan bagaimana sistem sihir ini diaktifkan secara berkala dari maghrib ke subuh, dan bagaimana anda boleh kenal kitarannya sebelum anda jatuh terlalu dalam.


 

Manuskrip Kisah Sihir ini adalah sebuah dokumentasi pengalaman sebenar, hasil penelitian berterusan terhadap isu sihir, penyakit hati, serta kesannya dalam kehidupan masyarakat. Ia bukan karya fiksyen atau sekadar catatan pengalaman peribadi, tetapi satu usaha merakam fakta, analisis dan realiti pertembungan antara dunia nyata dan alam ghaib.

Setiap bab disusun berdasarkan pemerhatian, pengalaman rawatan, pengumpulan data, serta rujukan kepada sumber-sumber yang relevan. Tujuannya adalah untuk membongkar struktur sihir, kaedah serangan, serta kesan psikologi, rohani dan sosial yang sering tidak dibincangkan secara terbuka.

Misi ini tidak mungkin dapat diteruskan tanpa sokongan anda.

Setiap sumbangan, kecil atau besar, berfungsi sebagai sumber kewangan untuk memastikan penulisan, penyelidikan, dan pendedahan ini dapat diteruskan. Ia menjadi tenaga untuk kami menghasilkan dokumentasi yang sistematik, konsisten, dan boleh diakses oleh masyarakat yang benar-benar mencari kebenaran.

📌Klik Untuk Menyokong Penulisan Manuskrip Kisah Sihir

Jika anda belum lagi mendaftar sebagai ahli BAZ sila ke link di bawah ini:

📌Klik Untuk Mendaftar sebagai Ahli - PERCUMA! 

 

Tajaan boleh dilakukan melalui pautan setiap bahagian manuskrip.
Jika anda sudah berdaftar, pautan tersebut akan membawa anda terus ke halaman tajaan.
Jika belum, anda akan dibawa ke halaman pendaftaran dahulu (percuma).


1. Bahagian I: Ujian Peribadi dan Pintu Dunia Ghaib
📘 10 Episod 🔗 Tajaan Bahagian I

2. Bahagian II: Taktikal Pertahanan dan Serangan Balas
📘 20 Episod 🔗 Tajaan Bahagian II

3. Bahagian III: Struktur Dunia Ghaib dan Hierarki Jin
📘 20 Episod 🔗 Tajaan Bahagian III

4. Bahagian IV: Pemulihan, Penyucian dan Pesanan
📘 22 Episod 🔗 Tajaan Bahagian IV

5. Bahagian V: Refleksi Diri Seorang Khalifah
📘 8 Episod 🔗 Tajaan Bahagian V


 

Setiap sumbangan adalah sebahagian daripada usaha pendidikan dan jihad ilmu. Anda bukan sekadar pembaca, tetapi penyumbang kepada sebuah projek dokumentasi yang membongkar realiti sihir dan penyakit hati di tengah masyarakat.

Semoga setiap sokongan anda menjadi amal jariah yang memberi manfaat, melindungi daripada keburukan, serta membawa keberkatan di dunia dan akhirat.

Please note that this article was originally written in Malay and has been translated into English by AI. If you have any doubts or require clarification, please refer to the original Malay version. Feel free to contact us for any corrections or further assistance.
Presented by BAZ (B.A.Z Administrator)
Share this:
Leave a comment
Your email address will not be published. Required fields are marked with *.
Example: https://mywebsite.com

Comment (0):

Most Popular

By clicking "Accept All Cookies", you agree to the storing of cookies on your device to enhance site navigation, analyze site usage, and assist in our marketing efforts.