Bahagian I: Jerat Sihir
Bab 9: Motif, Dengki dan Realiti Kehidupan
Ramai anggap sihir itu datang dari jin.
Tapi… jin cuma alat.
Yang menggerakkan sihir, yang menaja perjanjian, yang membuat kontrak, yang melaksanakan terma perjanjian, yang melempar serangan semuanya adalah manusia.
Manusia yang iri, manusia yang marah, manusia yang tak puas hati, manusia yang pilih dunia tapi jual akhirat.
Kenapa saya disihir?
Satu soalan yang tak pernah saya dapat jawapan hitam putih.
Tapi selepas sekian lama menilai, saya dapati jawapannya bukan satu.
Ia adalah gabungan.
Ia adalah motif.
Dan setiap motif itu datang daripada penyakit hati yang selama ini bersembunyi di sebalik senyuman, salam dan status agama.
Antara contoh yang pernah saya alami:
-
Ada yang cemburu kerana saya disenangi dalam keluarga.
-
Ada yang tak puas hati kerana saya dipercayai dalam organisasi.
-
Ada yang tergugat kerana saya menyuarakan kebenaran yang mereka cuba sembunyikan.
-
Ada yang iri kerana saya tidak tunduk kepada kaedah mereka.
-
Ada yang benci kerana saya terus bertahan walaupun mereka telah jatuhkan saya.
- Ada yang mahu jadikan saya sebagai suami dan ayah kepada anak mereka.
Dan yang paling menyedihkan, ada yang saya pernah bantu dengan ikhlas… tapi mereka juga yang menikam dari belakang.
Kenapa mereka sanggup menyihir?
Kerana mereka tak boleh terima kenyataan bahawa:
-
Saya masih ada dan tetap ada.
-
Saya masih berfungsi elok walau mereka dah guna kuasa.
-
Saya tak tunduk walaupun mereka sudah buat pelbagai cara.
-
Saya tak tunduk walaupun mereka gunakan jin.
Dan bila semua cara fizikal gagal… mereka pilih cara ghaib, mencari penyihir.
Realiti kehidupan hari ini
Orang yang menyihir tidak semestinya nampak jahat.
Di mata masyarakat, mereka baik:
-
Solat di saf hadapan.
-
Sering sedekah.
-
Rajin hadir ke majlis ilmu.
Tapi hati mereka kotor.
Mereka percaya dosa sihir boleh ditutup dengan pahala lain.
Mereka fikir sistem Allah macam sistem point kad diskaun.
Buat jahat tak apa, asalkan ada pahala untuk cover balik.
Sedangkan… satu sihir itu syirik.
Dan syirik memadam semua pahala.
Penutup Bab:
Bab ini bukan untuk memburukkan manusia.
Tetapi untuk menyedarkan kita semua bahawa ancaman sihir bukan dari luar… tetapi dari dalam masyarakat kita sendiri.
Kadang-kadang dari orang yang paling hampir.
Kadang-kadang dari orang yang kita pernah panggil sahabat.
Dalam bab seterusnya, saya akan ajak pembaca kembali menilai siapa sebenarnya kita di hadapan Rabb? Bila semua tirai ghaib ditarik… apa yang tinggal?
Manuskrip Kisah Sihir ini bukan sekadar sebuah penulisan. Ia adalah sebuah perjalanan yang merakam pengalaman sebenar, penelitian kepada perkara batin dan pertembungan antara dua dunia nyata dan ghaib.
Setiap episod ditulis dengan penuh penelitian, dengan doa dan keberanian untuk membongkar perkara yang ramai takut untuk disentuh.
Namun, misi ini hanya dapat diteruskan kerana adanya anda.
Setiap sumbangan, sama ada kecil atau besar, adalah bpendorong kepada kami. Ia menjadi tenaga untuk kami terus menulis, membongkar dan menyampaikan kepada mereka yang mencari kebenaran.
Sila rujuk penerangan berikut:
📌Klik Untuk Menyokong Penulisan Manuskrip Kisah Sihir
Jika anda belum lagi mendaftar sebagai ahli sila ke link di bawah ini:
📌Klik Untuk Mendaftar sebagai Ahli - PERCUMA!
Tajaan boleh dilakukan melalui pautan setiap bahagian manuskrip.
Jika anda sudah berdaftar, pautan tersebut akan membawa anda terus ke halaman tajaan.
Jika belum, anda akan dibawa ke halaman pendaftaran dahulu (percuma).
1. Bahagian I: Ujian Peribadi dan Pintu Dunia Ghaib
📘 10 Episod 🔗 Tajaan Bahagian I
2. Bahagian II: Taktikal Pertahanan dan Serangan Balas
📘 20 Episod 🔗 Tajaan Bahagian II
3. Bahagian III: Struktur Dunia Ghaib dan Hierarki Jin
📘 20 Episod 🔗 Tajaan Bahagian III
4. Bahagian IV: Pemulihan, Penyucian dan Pesanan
📘 22 Episod 🔗 Tajaan Bahagian IV
5. Bahagian V: Refleksi Diri Seorang Khalifah
📘 8 Episod 🔗 Tajaan Bahagian V
Setiap sen tajaan anda adalah sebahagian daripada jihad ilmu ini. Anda bukan sekadar pembaca, tetapi juga pejuang yang membantu menegakkan kebenaran dan membongkar kebatilan yang tersembunyi.
Semoga Allah menerima sumbangan anda sebagai amal jariah, melindungi anda daripada keburukan dan mengurniakan keberkatan di dunia serta akhirat.
Reply to: