Manuskrip Kisah Sihir — Ujian Seorang Khalifah di Medan Zahir dan Ghaib

PART I CHAPTER 5: SIHR ENTERED AFTER SURGERY

April 14, 2025 121 0
Ongoing
Estimate reading time
4 minutes 55 seconds

Bahagian I: Jerat Sihir

Bab 5: Sihir Menyusup Masuk Selepas Pembedahan

Selepas saya sedar dari bius, saya cuba yakinkan diri bahawa semuanya sudah selesai. Pembedahan berjaya. Luka boleh sembuh.  Jururawat datang dengan penuh sopan, dan bertanya dengan suara lembut,

“Tuan rasa okey?” dan bertanya banyak soalan untuk sahkan kewarasan saya.

Lalu jururawat memberitahu doktor. "Dr, patient okay!". Doktor tersenyum.

Tapi… jauh di dalam diri saya, ada sesuatu yang tidak kena.

Saya tidak tahu bagaimana mahu menjelaskannya, tetapi saya mula rasa terlalu banyak suara dalam kesedaran saya. Suara-suara itu bukan dari luar. Ia tidak keluar dari mulut saya. Ia tidak datang dari orang lain. Ia lahir dari satu ruang yang lebih dalam, seolah-olah ada sesuatu yang sedang bergerak dalam dewan atau ruang dalam diri saya.

Dan saya tahu… saya sudah disihir.


Simptom Mula Berubah

Malam pertama di wad, saya muntah darah.

Bukan banyak. Tapi cukup untuk membuat saya duduk diam dan menatap tuala yang berubah warna menjadi merah gelap. Bukan kerana luka pembedahan. Bukan kerana komplikasi ubat. Saya tahu ini bukan perkara fizikal semata-mata.

“Ada sesuatu yang berlaku dalam badan saya yang tak dapat dijelaskan secara logik.”

Keesokan harinya, tekak saya mula membengkak. Mata terasa pedih seperti terkena asap yang tidak kelihatan. Kulit seperti ada serbuk kaca. Dan yang paling mengejutkan… suara saya berubah. Ia bukan hilang. Ia bukan serak. Ia berubah nada seolah-olah ada sesuatu yang lain cuba bercakap menggunakan pita suara saya. Saya ada beberapa suara dummy.

Kemudian, saya minta isteri saya bawakan bubur dari luar. Bubur hospital terlalu hambar. Itulah alasan rasmi saya. Tetapi dalam hati, saya tahu itu bukan sebab sebenar.

Saya sudah mula merasa bahawa setiap makanan hospital sudah ‘terdedah’.

Saya tak tahu bagaimana nak jelaskan perasaan itu, tapi jika anda pernah terkena sihir, anda akan faham. Ia bukan soal rasa makanan. Ia soal getaran dalam hati. Seolah-olah ada gelombang tertentu yang masuk ke dalam makanan dan jika saya makan ia masuk ke dalam tubuh.


Penyusupan Bermula

Saya tak tahu bagaimana nak jelaskan kepada anda semua. Namun saya tahu, semua sihir yang selama ini “menunggu di pintu” yang selama ini saya buat tidak endah sudah mula masuk.

Sebelum pembedahan, kesannya hanya pada permukaan. Sekadar gatal-gatal, ekzema atau luka kecil yang pelik dan tidak masuk akal. Tapi selepas pembedahan, selepas tubuh saya ‘dibuka’ atau diizinkan masuk apabila kesedaran saya dilumpuhkan akibat bius, ia menembusi pertahanan saya.

Kesedaran itu adalah benteng pertahanan.

Saya percaya, waktu saya tidak sedarkan diri, benteng saya jatuh, dengan izin Allah SWT. 

Itulah saat yang ditunggu. Saat paling rapuh dalam diri seorang manusia antara jaga dan tidur.

Dan selepas itu, saya sedar saya telah memakan sesuatu yang mengandungi bahan sihir. Saya tidak tahu bila. Mungkin selepas keluar hospital. Mungkin semasa di wad. Mungkin jauh lebih awal lagi, beberapa kali. Mungkin melalui air minuman yang saya sangka suci. Tapi saya tahu benda itu sudah masuk. Dan ia bukan sembarangan.

Ia hidup. Ia cerdas. Ia bergerak. Ia punya agenda.


Yang Lebih Menyakitkan…

Yang disihir bukan saya seorang.

Isteri saya. Anak-anak saya. Mak saya.

Semua mereka mula menunjukkan simptom pelik. Seorang demam tak sembuh-sembuh. Seorang lagi mula bercakap dalam tidur dengan suara yang bukan miliknya. Ada yang tiba-tiba menangis tanpa sebab. Batuk kering berbulan-bulan. Ada yang mula bermimpi benda yang sama berulang kali iaitu mimpi yang saya sendiri pernah alami bertahun dulu semasa awal terkena sihir.

Dan ketika itu, saya faham satu perkara yang sangat pedih:

Sihir bukan sahaja menyerang individu. Ia menyerang ekosistem.

Ia menyerang sesiapa yang rapat dengan kita. Sesiapa yang tidur di bawah bumbung yang sama. Sesiapa yang berkongsi makanan, air dan ada pertalian darah. 

Siapa yang cuba membantu kita untuk menyelesaikan masalah. Mereka tidak perlu menjadi sasaran, asal mempunyai perkaitan dengan kita. Kenapa?

Kerana mereka paling mudah terkena tempias.

Dan bila mereka mula rebah satu demi satu, semangat kita akan goyah. Akal kita mula naik gila. Jiwa kita mula gelap. Kita mula hilang arah. Kita mula rasa bersalah. Kita mula salahkan diri sendiri kerana membawa mereka ke dalam perang ini walaupun kita tidak pernah menjemputnya.

Dan bila semuanya sudah kabur…

Sihir itu menang.


Penutup Bab: Titik Mula Pertempuran Sebenar

Bab ini bukan penutup kepada trauma. Ia permulaan kepada perang sebenar.

Sihir bukan lagi gangguan halus. Ia sudah menjadi sistem yang menetap dalam tubuh. Ia sudah membina sarangnya dalam darah, dalam tidur, dalam emosi, dalam keputusan-keputusan kecil saya setiap hari.

Saya tidak tahu sejauh mana ia telah menular. Tapi saya tahu, saya tak boleh lagi berdiam diri.

Dalam bab seterusnya, saya akan mula bongkar bagaimana struktur sihir ini bekerja. Apa yang masuk ke dalam badan saya bukan hanya ‘racun’ tetapi satu sistem lengkap dengan agen-agen pengawasan, penjaga halimunan dan kontrak ghaib yang bersambung dengan dunia lain.


 

Penulisan Manuskrip Kisah Sihir ini terlaksana hasil sokongan dan tajaan daripada para pembaca yang budiman. Segala sumbangan anda, kecil atau besar, adalah pelita yang menyalakan jalan kami untuk terus berkarya dan menyampaikan penulisan eksklusif ini kepada semua.

Sila rujuk penerangan berikut:

📌Klik Untuk Menyokong Penulisan Manuskrip Kisah Sihir

Jika anda belum lagi mendaftar sebagai ahli sila ke link di bawah ini:

📌Klik Untuk Mendaftar sebagai Ahli - PERCUMA! 

 

Tajaan boleh dilakukan melalui pautan setiap bahagian manuskrip.
Jika anda sudah berdaftar, pautan tersebut akan membawa anda terus ke halaman tajaan.
Jika belum, anda akan dibawa ke halaman pendaftaran dahulu (percuma).


1. Bahagian I: Ujian Peribadi dan Pintu Dunia Ghaib
📘 10 Episod 🔗 Tajaan Bahagian I

2. Bahagian II: Taktikal Pertahanan dan Serangan Balas
📘 20 Episod 🔗 Tajaan Bahagian II

3. Bahagian III: Struktur Dunia Ghaib dan Hierarki Jin
📘 20 Episod 🔗 Tajaan Bahagian III

4. Bahagian IV: Pemulihan, Penyucian dan Pesanan
📘 22 Episod 🔗 Tajaan Bahagian IV

5. Bahagian V: Refleksi Diri Seorang Khalifah
📘 8 Episod 🔗 Tajaan Bahagian V



Terima kasih atas sokongan anda. Setiap tajaan anda kecil atau besar adalah pelita yang menyalakan jalan kami untuk terus berkarya dan menyampaikan penulisan ekslusif kepada semua. Semoga Allah merahmati anda dunia dan akhirat.

Please note that this article was originally written in Malay and has been translated into English by AI. If you have any doubts or require clarification, please refer to the original Malay version. Feel free to contact us for any corrections or further assistance.
Presented by BAZ (B.A.Z Administrator)
Share this:
Leave a comment
Your email address will not be published. Required fields are marked with *.
Example: https://mywebsite.com

Comment (0):

Most Popular

By clicking "Accept All Cookies", you agree to the storing of cookies on your device to enhance site navigation, analyze site usage, and assist in our marketing efforts.