Spektrum Perbuatan Manusia Menurut Al-Quran
Asas Pertama: Al-Quran Mengajar Bahawa Amalan Tidak Sama Nilainya
Allah menyebut bahawa manusia diuji untuk melihat siapa yang paling baik amalannya, bukan sekadar siapa yang paling banyak amalannya.
... ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلْمَوْتَ وَٱلْحَيَوٰةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
“Dia yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya....”
Petikan Surah al-Mulk 67:2
Ayat ini sangat penting kerana Allah tidak menyebut:
“Siapa paling banyak amal.”
Allah menyebut:
أَحْسَنُ عَمَلًا
Iaitu amal yang lebih baik dari sudut mutu, niat, kebenaran, kesan, keikhlasan dan kepatuhan kepada petunjuk Allah.
Maka manusia tidak boleh melihat perbuatan hanya dengan ukuran ada atau tiada. Ada orang bersedekah. Ada orang bersedekah dengan ikhlas. Ada orang bersedekah dengan menyakiti penerima. Ada orang bersedekah secara sembunyi. Ada orang bersedekah secara berterusan sampai menjadi sebati dengan hidup.
Semua itu tidak akan sama.

Balas kepada: