Al Quran

AL QURAN MENJELASKAN DIRINYA SENDIRI

Mac 12, 2025 1200 4
Completed
Anggaran masa membaca
5 minit 34 saat

Al Quran Menjelaskan Dirinya Sendiri

Al Quran adalah kata-kata Allah dari Zat Al Aziz yang menjadikan ia terpelihara dari sebarang kecacatan dan ketidaksempurnaan.

Terdapat banyak dalil dalam Al Quran yang menunjukkan bahawa ia mampu menjelaskan dirinya sendiri tanpa perlu bergantung kepada asbabun nuzul atau tafsiran luar.

Allah swt ada berfirman bahawa jika kita buntu, kembalilah kepada Al Quran dan ia akan memberikan petunjuk. Maksud yang sama juga diwasiatkan baginda nabi dalam hadis Tsaqalain.

Peranan Al Quran Sebagai Pemberi Petunjuk

Bayangkan kita memiliki Al Quran dan dunia ini hanya dihuni oleh kita seorang sahaja. Ketika itu apakah Al Quran sudah kehilangan sifatnya sebagai pemberi petunjuk kepada kita?

  • YA, jika kita hanya menghafalnya tanpa memahami ruhnya. Waktu itu Al Quran tidak berguna kerana ia hanya sebuah buku yang tidak difahami. Ia mungkin boleh memberikan Nur sebagai penerang tetapi belum tentu boleh memberikan hadi sebagai petunjuk.

  • TIDAK, jika ruhnya Al Quran hadir dalam qalbu kita. Buku tetap kekal buku namun Ruh Al Quran tetaplah menjadi Nur dan Hadi di dalam dada kita. Waktu itu walaupun kita seorang, ia tetap membimbing kita ketika kita hidup, alam barzakh, atas sirat hingga sampai telaga haudh nabi.

Masalah Pemahaman Terhadap Al Quran

Masalah utama sekarang ialah kita sering memahami ilmu Al Quran dengan pertimbangan akal semata-mata, iaitu melalui input dari mata, pendengaran telinga atau hafalan dari memori.

Ahli akal akan mengambil Al Quran, kemudian merujuk kepada tafsir-tafsir, asbabun nuzul, kitab-kitab orang terdahulu dan sumber-sumber lain untuk membincangkan sesuatu topik. Ini sudah melibatkan sumber pihak ketiga atau lebih bukan secara primari dari Al Quran.

Maka, tidak hairanlah jika memahami dan mengkaji Al Quran menjadi sukar kerana bukan Al Quran yang menjelaskan dirinya kepada kita, tetapi pihak sekunder dan seterusnya. Selepas itu kita pula membuat tafsiran ke atas tafsiran orang-orang terdahulu.

Namun, Ahli Qalbu memahami bukan melalui hafalan atau penglihatan, tetapi melalui qalbu mereka sendiri.

Al Quran Adalah Ruh Yang Hidup

Al Quran itu hidup, bergerak, dan bergetar dalam qalbu mereka. Ia adalah ruh yang telah nuzul dalam diri mereka dan menjadi akrab dengan mereka.

Malah, tidak mustahil bagi Ahli Qalbu jika Al Quran sendiri memperingatkan mereka:

"Jangan tergesa-gesa, Aku yang akan melancarkan bacaanmu."

Al Quran berkata begitu, dan kita hanya perlu tenang menerimanya.

Jika kita ragu-ragu terhadap sesuatu, Al Quran sendiri akan membimbing kita:

"Buka sekarang muka surat 401, sebelah bawah kanan. Itulah yang sedang Aku bicarakan."

Demikianlah salah satu cara kitab ini berbicara dalam qalbu namun tidak semua orang mengejar untuk mencapainya.

Al Quran Adalah Samudera Ilmu

Pilihan kita sendiri samada mahu membawa seluruh lautan Al Quran ke dalam diri kita atau tidak, untuk menyelam dan meminumnya sepuas hati.

Namun, otak kita tidak akan mampu memuatkan keseluruhannya kerana Allah telah menyatakan dalam Al Quran sendiri:

"Jika semua pokok dijadikan pena dan lautan sebagai dakwat, ilmu Allah tetap tidak akan habis ditulis. Dan jika ditambah lagi satu lautan, tetap tidak akan cukup."
(Surah Luqman 31:27)

Jadi, mengapa perlu belajar banyak secara keterlaluan? Serahkan diri kepada Rabb, dan biarkan Rabb membimbing kita, kerana Rabb itu Al Haq dan Al Haq itulah kitab ini.

Pengalaman peribadi, saya hanya mengikut bulat-bulat apa yang Allah perintahkan, dan Allah sendiri yang mengalirkan seluruh lautan ilmu Al Quran ke dalam diri saya tanpa saya perlu mempelajarinya secara zahiriah.

Inilah yang dimaksudkan dengan Al Quran menjelaskan dirinya sendiri kepada kita. Itu pun jika anda mahu menerima penjelasan secara logik berdasarkan pengalaman peribadi saya.

Dalil-Dalil Al Quran Menjelaskan Dirinya

Walau bagaimanapun, jika masih memerlukan dalil, maka ambillah daripada Al Quran sendiri.

Allah telah memberikan kita "user manual" untuk mengurus diri di dunia, sudah pasti Dia tidak akan menyusahkan kita. Sebaliknya, Dia pasti memberikan bukti yang jelas. Berikut adalah antara buktinya:

๐Ÿ“ŒAl Quran sebagai Penjelas (Tibyan) Segala Sesuatu bagi Muslimin

"Kami telah menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Quran) sebagai PENJELAS bagi SEGALA SESUATU, petunjuk, rahmat, dan berita gembira bagi orang-orang yang berserah diri." (Surah An-Nahl 16:89)

Ayat ini menegaskan bahawa Al-Quran adalah "tibyanan likulli syai'", iaitu penjelas bagi segala sesuatu.

Ini bermakna Al-Quran memiliki mekanisme sendiri untuk menerangkan maksudnya tanpa perlu bergantung kepada sumber luar.

๐Ÿ“ŒAl Quran Tidak Ada Keraguan dan Jelas bagi Muttaqin

"Inilah Kitab yang tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa." (Surah Al-Baqarah 2:2)

Jika Al Quran itu tidak ada keraguan, maka ia seharusnya cukup jelas untuk difahami tanpa perlu tafsiran luar yang berlebihan.

Semua ayat muhkamat boleh difahami dengan jelas sekiranya seseorang memiliki asas bahasa dan sedikit intelektual.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Huruf Muqatta'at seperti Sad pada permulaan Surah แนขฤd atau Alif Lฤm Mฤซm pada permulaan surah Al Baqarah juga boleh difahami maknanya dengan cara melihat Al Quran konteks demi konteks bagi setiap surah.

๐Ÿ“ŒAl Quran sebagai Kitab yang Mudah Difahami

"Dan sesungguhnya Kami telah memudahkan Al Quran untuk peringatan, maka adakah yang mahu mengambil pelajaran?" (Surah Al-Qamar 54:17, 22, 32, 40)

Allah telah menegaskan bahawa Al Quran mudah difahami.

Ini menunjukkan bahawa ia tidak memerlukan asbabun nuzul atau tafsir luar untuk menjelaskan maksudnya jikalau mahu difahami secara asas.

๐Ÿ“ŒAl Quran Saling Menjelaskan (Tafsirul Quran bil Quran)

"Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Sekiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentu mereka akan mendapat banyak pertentangan di dalamnya." (Surah An Nisa' 4:82)

Ayat ini menunjukkan bahawa jika terdapat kekeliruan, kita harus merujuk kepada ayat-ayat lain dalam Al Quran yang berkaitan untuk mendapatkan jawapan.

Sebagai contoh:

- Surah Al-Fatihah 1:6 "Tunjukilah kami jalan yang lurus."

- Surah Al-An’am 6:153 "Dan bahawa inilah jalan Ku yang lurus, maka ikutlah ia..."

Ayat kedua (6:153) menjelaskan maksud "jalan yang lurus" dalam ayat pertama (1:6).

Bacalah dengan teliti sehingga faham sebelum mencari asbabun nuzul atau tafsir luar.

๐Ÿ“ŒAl Quran Ditafsirkan Oleh Allah Sendiri

"Kemudian sesungguhnya Kamilah yang akan menjelaskannya." (Surah Al-Qiyamah 75:19)

Ini adalah janji Allah.  

Perkataan "Kami" dalam ayat ini merujuk kepada Rabb dan para malaikat dalam mihrab qalbu, sebagaimana disebut dalam Surah An Nur 24:35.

Allah sendiri telah berjanji bahawa Dialah yang akan menjelaskan Al Quran, bukan manusia, bukan ulama dan bukan tafsiran luar.

๐Ÿ“ŒLarangan Mengikuti Tafsiran di Luar Al-Quran Tanpa Bukti Jelas

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya..." (Surah Al-Isra’ 17:36)

Ayat ini mengingatkan bahawa kita tidak boleh mengikuti sesuatu tanpa dalil yang jelas, termasuk tafsir luar yang tidak berpandukan Al Quran.

Boleh mengambil tafsir sebagai panduan, tetapi keputusan muktamad tetap perlu bersumberkan Al Quran sendiri kerana ia sentiasa relevan sepanjang zaman sedangkan tafsir belum tentu relevan sepanjang masa.

Kesimpulan

Imam Mahdi, sebagaimana moyangnya Nabi Muhammad ๏ทบ, menjelaskan Al Quran tanpa perlu hadis atau sumber lain, kerana dirinya dan Al Quran adalah hujahnya.

Al Quran akan menjadi lengkap apabila ia islah dan mencukupi untuk menjadi petunjuk bagi seluruh manusia.

Penutup

Al Quran adalah petunjuk yang hidup. Ia bukan sekadar teks yang dibaca atau dihafal, tetapi ruh yang berjalan dalam qalbu orang yang benar-benar berserah kepada Allah.

Maka, cukup dengan Al-Quran, kerana ia menjelaskan dirinya sendiri.

Disampaikan oleh BAZ (B.A.Z Administrator)
Kongsikan:
Tinggalkan komen
Email anda tidak akan dipaparkan. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Contoh: https://mywebsite.com

Komen (4):

Paling Popular

Dengan mengklik "Terima Semua Kuki", anda bersetuju untuk menyimpan kuki pada peranti anda bertujuan untuk mempertingkatkan navigasi laman sesawang, menganalisis penggunaan laman sesawang dan membantu dalam sebarang usaha pemasaran.