Anbiya'-Centric

NABI MIKRAJ DARI MALAYA, BUKAN DARI PALESTINE

April 12, 2026 40 0
Completed
Anggaran masa membaca
7 minit 47 saat

Nabi Mikraj Dari Malaya, Bukan Dari Palestine


Hari ini saya ingin berkongsi tentang struktur Surah al-Isra’. Dahulu saya tidak berani untuk menulis tentangnya kerana saya belum benar-benar yakin. Namun dari hari ke hari, Alhamdulillah, pemahaman saya semakin bertambah. Jadi, pada kesempatan ini saya ingin kongsikan sedikit kepada sesiapa yang sudi membaca.
 
Apa yang saya tuliskan ini mungkin pernah dihuraikan oleh orang lain sebelum ini. Namun dalam penulisan ini, saya ingin memberi fokus khusus kepada struktur surah ini sahaja, iaitu hubungan dan susunan antara ayat dengan ayat, serta kaitan antara lafaz dan makna yang saling terikat.
Saya tahu akan ada yang tidak bersetuju dengan apa yang saya tuliskan ini. Saya juga tidak pernah memaksa sesiapa untuk menerima apa yang saya tulis. Bacalah sendiri, nilailah sendiri, dan kajilah sendiri. Saya hanya menulis setakat yang saya tahu.

Kita mulakan dengan ayat pertama Surah Al-Isra' 17: Ayat 1. Allah SWT berfirman:
 
سُبۡحَٰنَ ٱلَّذِيٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلًا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِي بَٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنۡ ءَايَٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ
 
Maha Suci Dia yang telah memperjalankan hamba-Nya pada sebahagian malam, dari al-Masjid al-Haram ke al-Masjid al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Dia, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
 
(QS. Al-Isra' 17: Ayat 1)
Ayat ini Allah bercakap tentang lokasi di mana Allah SWT telah memperjalankan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa dalam sebahagian malam. Dalam ayat ini Allah bercakap tentang lokasi-lokasi dan masa.
 
Dua lokasi itu adalah Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa (masjid yang jauh). Tempoh masa perjalanan perjalanan adalah sebahagian malam.
Ciri lokasi tanah yang nabi tuju disebutkan dalam ayat ini sebagai " alladhī bāraknā ḥawlahu" yang bermaksud " yang Kami berkati sekelilingnya" ataupun lebih jelas lagi adalah "yang Kami limpahkan keberkatan pada kawasan sekitarnya".

Sekarang kita tengok pula ayat kedua Surah Al Isra'. Allah SWT berfirman:
وَءَاتَيۡنَا مُوسَى ٱلۡكِتَٰبَ وَجَعَلۡنَٰهُ هُدًى لِّبَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ أَلَّا تَتَّخِذُواْ مِن دُونِي وَكِيلًا
 
"Dan Kami telah memberikan kepada Musa al-Kitab, lalu Kami jadikannya sebagai petunjuk bagi Bani Israel: janganlah kamu mengambil selain Aku sebagai wakil."
 
(QS. Al-Isra' 17: Ayat 2)
Ayat kedua ini jikalah anda teliti dengan betul anda akan dapati ia adalah berkenaan Nabi Musa dan Bani Israel telah diperintahkan Allah untuk pergi ke satu lokasi yang dijanjikan untuk Bani Israel iaitu sebuah tanah yang disebutkan sebagai mashāriq al-arḍ yang mana ciri-cirinya disebutkan sebagai allatī bāraknā fīhā yang bermaksud "yang Kami berkati padanya".
Perjalanan ke lokasi tanah yang dijanjikan oleh Allah kepada Bani Israel ini adalah kisah panjang dalam Surah al-A‘rāf dan Surah al-Mā’idah.

Ayat 3 semakin menarik. Allah SWT berfirman:
ذُرِّيَّةَ مَنۡ حَمَلۡنَا مَعَ نُوحٍ ۚ إِنَّهُۥ كَانَ عَبۡدًا شَكُورًا
 
Zuriat orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh. Sesungguhnya dia adalah seorang hamba yang amat bersyukur.
 
(QS. Al-Isra' 17: Ayat 3)
Dari segi susunan bahasa, ayat 3 bukan ayat yang terputus daripada ayat 2. Sebaliknya ia datang sebagai penjelas kepada siapa yang sedang dihadapkan dengan kalam itu.
 
Setelah Allah menyebut bahawa al-Kitab dijadikan petunjuk bagi Bani Israel dan mereka dilarang mengambil selain Allah sebagai wakil dalam ayat 2, ayat seterusnya mengingatkan bahawa mereka ialah zuriat orang-orang yang pernah dibawa bersama Nuh dalam ayat 3.
 
Nampak tak bahawa Allah ingin menunjukkan bahawa, Bani Israel dikembalikan kepada asal sejarah tauhid mereka. Ayat ini juga seolah-olah menegaskan bahawa jika Nuh adalah hamba yang sangat bersyukur, maka zuriat selepasnya lebih patut untuk tidak berpaling daripada Allah.
 
Ayat 3 mengandungi makna bahawa ada satu kelompok manusia yang dibawa bersama Nuh, iaitu diselamatkan daripada lokasi azab dan dipindahkan melalui bahtera ke fasa hidup yang baru selepas banjir. Jika dirujuk kepada tafsir Ibn Kathir dan al-Qurtubi, ia adalah nikmat penyelamatan daripada tenggelam dan menyebut mereka sebagai zuriat orang yang diselamatkan bersama Nuh dalam bahtera dari lokasi penenggelaman ke lokasi baru.

Saya rasa mungkin ada yang tak bersetuju berkenaan saya telah mengaitkan 3 ayat sebelum ini kepada satu topik yang sama. Ada orang suka membaca ayat-ayat secara terpisah.
 
Saya pula suka untuk membaca secara kontekstual dan secara keseluruhan. Dan saya ada sebab untuk melakukan demikian. Buktinya ada pada ayat ke 4 yang mana semua ayat ini tidak berpisah tetapi saling berkaitan.
 
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَقَضَيۡنَآ إِلَىٰ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ فِي ٱلۡكِتَٰبِ لَتُفۡسِدُنَّ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَّتَيۡنِ وَلَتَعۡلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا

"Dan Kami telah menetapkan kepada Bani Israil di dalam al-Kitab: sesungguhnya kamu benar-benar akan membuat kerosakan di bumi itu sebanyak dua kali, dan kamu benar-benar akan meninggi dengan ketinggian yang besar."

(QS. Al-Isra' 17: Ayat 4)


Cuba tengok pada ayat ini, “al-kitāb” dalam ayat 4 ini merujuk kepada Al-kitab yang mana satu?
 
Al-kitāb” pada ayat 4 sangat kuat merujuk kepada al-kitāb yang disebut pada ayat 2, iaitu kitab yang diberikan kepada Musa, yakni Taurat. Ibn ‘Ashur menyebut secara jelas bahawa ayat 4 dikaitkan kepada ayat 2 dan beliau menyatakan bahawa boleh jadi yang dimaksudkan dengan al-kitāb ialah Kitab Taurat, dengan alif-lam itu sebagai ‘ahd, kerana al-kitāb sudah disebut sebelumnya.
 
Maka, pada bacaan yang paling dekat dengan susunan ayat, “al-kitāb” dalam ayat 4 merujuk kepada “al-kitāb” yang disebut pada ayat 2, iaitu kitab yang diberikan kepada Musa.
 
Maknanya juga, Allah bukan sahaja memberikan kitab itu sebagai petunjuk bagi Bani Israel, bahkan di dalam kitab itu sendiri telah dinyatakan apa yang akan menimpa mereka apabila mereka menyimpang.
 
Sebab itulah saya mengatakan ia berkaitan dan harus dibaca dalam 1 blok bukan setakat blok ini, tetapi pada keseluruhan surah ini.

Setakat 4 ayat ini dahulu, Allah sebenarnya bercakap kepada kita tentang lokasi yang sama sahaja.
 
Nabi Muhammad diperjalankan ke tempat yang sama dan dari situ dia mikraj.
 
Peristiwa yang lebih terdahulu adalah, Nabi Musa dan Bani Israel berhijrah ke tempat yang sama setelah diperintahkan Allah SWT selepas bebas dari Firaun.
 
Nabi Nuh dan kaumnya berlepas dengan kapal dari tempat yang sama ke lokasi baru selepas banjir besar melanda kawasan itu.
 
Dan, Bani Israel juga telah kembali dan menetap di tempat yang sama. Yahudi adalah serpihan kecil bani Israel yang tidak menyertai hijrah ke lokasi yang diarahkan Allah sebaliknya memilih kekal di jazirah Arab.

Bagi yang telah lama mengikuti saya dan membaca pelbagai penulisan saya, saya secara konsisten menyatakan bahawa Masyāriq al-Arḍ (مَشَارِقَ الْأَرْضِ) itu ialah Asia Tenggara, Bāraknā Ḥawlahu (بَارَكْنَا حَوْلَهُ) itu ialah Semenanjung Tanah Melayu, dan Bāraknā Fīhā (بَارَكْنَا فِيهَا) itu ialah tanah-tanah di sekitar Semenanjung Tanah Melayu melibatkan sebahagian Laos, Thailand, Cambodia, Vietnam, Indonesia, Filipina serta Brunei dan Sungapura. Semuanya merupakan tanah-tanah yang diberkati di dalamnya dan di sekeliling nya.
 
Berita yang kurang baik pula ialah semenanjung ini, dan secara lebih khusus Kedah serta segala jajahan di sekitarnya, akan diserang buat kali kedua oleh suatu bangsa lain secara mengejut, dan ketetapan itu sudah dinyatakan juga bukan sahaja dalam Al Quran tetapi dalam kitab-kitab terdahulu. Ya, secara mengejut, sebagaimana Perang Musuh Bisik. Perkara ini juga dirakamkan dalam Surah al-Isra’ bagi sesiapa yang mahu mengambil iktibar.
Bagi yang menolaknya dan memilih untuk tidak percaya, maka tiada siapapun boleh memaksa anda. Saya cuma menerangkan melalui penulisan berdasarkan penulisan saya setakat yang diizinkan untuk di tulis.
 
Tetapi saya cadangkan baca semula surah Al Isra' dengan penuh mendalam. Terdapat terlalu banyak rahsia dan petunjuk untuk kita umat akhir zaman di dalamnya.
 
Di sini tempat Nabi Adam diturunkan dan di sinilah tempat Nabi Muhammad datang sebelum mikraj. Sebab itu Nabi Muhammad SAW bertemu Nabi Adam berada di langit pertama iaitu di jannah lokasi Adam sebelum diturunkan ke bumi.
 
Di sini juga ada pelbagai kaum terdahulu yang diceritakan dalam Al Quran yang cuma memerlukan kita lebih terbuka untuk memahami teks Arab sebenar, bukannya terlalu bergantung kepada terjemahan lama.
 
Di sinilah asal Bani Israel dari zuriat Nabi Nuh yang bersyukur, mereka berhijrah dan mereka telah kembali dan menetap di sini. Di sinilah juga Bani Israel melakukan ketinggian (kerosakan) 2 kali dan di sinilah tempat paling cocok jika membandingkan ciri-ciri dalam Taurat dengan Al Quran.
Hijrah dari Jazirah Arab ke Timur dan Timur ke Jazirah Arab bukan perkara baru tetapi ia amalan para Nabi.

Benarlah firman Allah SWT,
 
إِنَّ هَٰذَا لَفِي ٱلصُّحُفِ ٱلۡأُولَىٰ
 
"Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -"
 
صُحُفِ إِبۡرَٰهِيمَ وَمُوسَىٰ
 
"Iaitu suhuf-suhuf Nabi Ibrahim dan Nabi Musa."
 
(QS. Al-A'la 87: Ayat 18-19)

Kesimpulan yang ingin saya bawa setakat ini ialah destinasi Isra’ Nabi Muhammad SAW sebelum Mikraj, destinasi hijrah Nabi Musa a.s. dan Bani Israel, destinasi asal penyelamatan Nabi Nuh a.s. semasa banjir besar, serta lokasi asal Bani Israel yang hilang, semuanya merujuk kepada tempat yang sama.
 
Inilah cabang-cabang yang mula kelihatan apabila ayat-ayat awal Surah al-Isra’ dibaca sebagai satu blok yang saling menjelaskan, bukan sebagai potongan-potongan yang terpisah. Sebab itu saya melihat surah ini bukan sekadar menceritakan peristiwa yang berbeza, tetapi sedang membuka satu sejarah kebangkitan semula pelbagai bangsa akhir zaman sebagai Ikhwan Nabi Muhammad SAW.
 
Bagi yang tidak berpuashati dengan apa yang dituliskan dalam artikel ini, sila rujuk penjelasan dalam artikel berikut:

BM
Penjelasan Rasmi Artikel Nabi Mikraj Dari Malaya Bukan Dari Palestine
 
EN
 
FB

Penulisan ini merupakan kajian eksklusif BAZ yang diterbitkan di laman rasmi:
https://beritaakhirzaman.com

Jika anda mahu bersama menyokong kajian mendalam, analisis linguistik dan kupasan sejarah yang tidak diterbitkan di mana-mana tempat lain, anda boleh memberikan tajaan sukarela melalui pautan berikut:
Klik untuk support kami

Sistem sokongan pembaca dijalankan melalui akaun ahli di laman web BAZ.

Log masuk ahli: https://member.beritaakhirzaman.com/login
Pendaftaran ahli (percuma): https://member.beritaakhirzaman.com/register

.
Saya tak pasti anda berminat atau tidak kepada kupasan surah ini jika saya teruskan. Bagi yang ingin menyokong platform kami terus berkembang boleh bantu kami di sini.
Disampaikan oleh BAZ (B.A.Z Administrator)
Kongsikan:
Tinggalkan komen
Email anda tidak akan dipaparkan. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Contoh: https://mywebsite.com

Komen (0):

Paling Popular

Dengan mengklik "Terima Semua Kuki", anda bersetuju untuk menyimpan kuki pada peranti anda bertujuan untuk mempertingkatkan navigasi laman sesawang, menganalisis penggunaan laman sesawang dan membantu dalam sebarang usaha pemasaran.